Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Port Dickson. RM710.54 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.
Kami bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 106, Akar Beach Resort, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Dari balkoni (anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat) nampak kolam renang. Juga nampak laut apabila memandang ke arah sebelah kanan. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, peti ais di dalam bilik, cermin, TV dan saterika. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (oleh kerana tidak diterima pihak hotel, masa sampai baru bayar dengan kad debit) pada hari pertama untuk penginapan 2 hari 1 malam.
Ahad, 11 Mei 2025 (hari pertama). Saya, isteri serta anak-anak bertolak dari rumah TJ dan sampai di Port Dickson. Makan serta minum di Restoran De' Lomak Salai dan Ikan Bakar, Batu 7, Jalan Pantai Teluk Kemang (Meja 17). Kami meneruskan perjalanan dan tiba di kawasan hotel. Membuat urusan mendaftar masuk sebelum jam 4:00 petang selepas pemanduan kenderaan sejauh 78 kilometer. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan, Jalan Semenyih serta melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) yang menempuh Plaza Tol (PT) Kajang ke PT Setul, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Yam Tuan, Jalan Zaaba, Jalan Rasah (Petronas Mambau), Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) yang menempuh PT Mambau (Kawasan Rehat dan Rawat Mambau), Jalan Pantai Teluk Kemang (De' Lomak Salai dan Ikan Bakar) di Batu 7 dan (Akar Beach Resort) di Batu 9. Guna juga peta Google pada Proton Exora untuk laluan terbaik. Tiba di hotel. Masuk ke bilik. Solat dan berehat. Anak-anak mandi di kolam renang dan laut. Solat, makan malam di bilik dan berehat.
Perbelanjaan hari pertama. Touch 'n Go J (RM5.50) PT Kajang Selatan ke PT Setul di E18 melalui kad (T'nG J) pada 1:09 PM. Setel J Petronas Mambau (RM50.00) RON95 pada 1:42 PM. Touch 'n Go J (RM2.62) PT Mambau di E29 melalui kad (T'nG J) pada 1:48 PM. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Restoran De' Salai dan Ikan Bakar (RM83.40) untuk makan dan minum. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Akar Beach Resort (RM432.00) untuk penginapan.
Isnin, 12 Mei 2025 (hari kedua). Cuti Hari Wesak. Bangun, solat Subuh dan bersarapan pagi di Coral Cafe di tingkat G. Tiga orang percuma (pakej penginapan) dan seorang lagi percuma kerana berumur 5 tahun ke bawah. Ada tambahan bayaran untuk dua orang berumur 13 tahun ke atas dan seorang berumur 6 tahun ke atas. Naik ke bilik di tingkat 1. Kami berjalan kaki ke pantai, mandi laut dan berenang di kolam di sebelah Coral Cafe. Waktu tengah hari, kami telah mendaftar keluar. Jam 12:12 PM, saya memandu kenderaan bergerak meninggalkan kawasan Akar Beach Resort. Makan serta minum di Restoran Station Kaklong Kawasan, Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang (Meja 20). Kami meneruskan perjalanan di Jalan Pantai Teluk Kemang, Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) yang menempuh PT Mambau, Jalan Rasah, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Dato' Muda Linggi, Jalan Jelebu, Jalan Ujong Pasir 1, Jalan Sikamat, Jalan Pantai (Jalan Jelebu), Jalan Kuala Klawang - Seremban dan Jalan Gurkha. Kami bertujuh tiba di perkarangan Masjid Jamek Kuala Klawang yang terletak dalam daerah Jelebu pada 2:55 PM.
Perbelanjaan hari kedua. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Akar Beach Resort (RM48.00) untuk tambahan orang bersarapan pagi di Coral Cafe. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Restoran Station Kaklong Kawasan (RM86.40) untuk makan dan minum. Touch 'n Go J (RM2.62) PT Mambau di E29 melalui kad (T'nG J) pada 1:47 PM.