Jumaat, 5 September 2025

Percutian ke Bandar Hilir 2025

Melaka Tengah, 05/09/2025 (Jumaat) - Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang berada di tempat pengajian masing-masing sempena Cuti Umum Maulidur Rasul hari ini (Jumaat, 5 September 2025 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1447). Jumaat minggu lepas, mereka sudah pulang ke Kajang sempena Cuti Umum Hari Kebangsaan (Isnin) yang bersambung dengan Cuti Pangkal Minggu (Ahad) dan Cuti Hujung Minggu (Sabtu). Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Bandar Hilir hari ini (12:17 PM hingga 4:33 PM ialah tempoh parkir untuk kereta saya dengan bayaran sekali masuk). RM420.57 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Bandar Hilir selama 4 jam 16 minit sahaja. Saya memandu Perodua Bezza merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) yang menempuh Plaza Tol (PT) Kajang Selatan ke PT Setul dan PT Ampangan. Melalui Lebuhraya Utara - Selatan (E2) yang menempuh PT Senawang ke PT Ayer Keroh. Kilometer 222 di E2 ialah sempadan dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Perbelanjaan menggunakan perbankan Islam (HLB SAVINGS-i JL), Setel Petronas J, kad Touch 'n Go J (T'nG J) di lorong SmartTAG (Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol) dan wang tunai. PT Kajang Selatan ke PT Setul (RM5.50) di E21 melalui kad (T'nG J) pada 9:50 AM. PT Ampangan (RM2.30) di E21 melalui kad (T'nG J) pada 9:56 AM. PT Senawang ke PT Ayer Keroh (RM6.97) di E2 melalui kad (T'nG J) pada 11:11 AM. Isi petrol RON95 di Petronas Ayer Keroh 3 (RM50.00) melalui Setel J pada 11:14 AM. MyDebit Parking Payment di Dataran Pahlawan Megamall (Zon C), Melaka (RM15.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Turun dari kawasan letak kenderaan, nampak A Famosa (pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511). Masuk ke Tandas Awam Taman Bunga Merdeka (RM0.50) melalui wang tunai J. Scan and Pay kepada Raja Cendol Taming Sari (original), Melaka (RM8.90) melalui perbankan Islam (minum) JL. MyDebit kepada Melaka Taming Sari Berhad untuk naik menara berputar (kanak-kanak $15 x 2 dan dewasa $20 × 2 = RM70.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Menara 110 meter. Melaka Chocolate House (RM34.40) melalui wang tunai L. Jambu batu dan jambu air (RM10.00) melalui wang tunai L. MyDebit kepada Restoran Asam Pedas Orang Kampung (RM50.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Scan and Pay kepada tukang kayuh beca berhias (RM25.00) melalui perbankan Islam (kenderaan beroda tiga) JL. MyDebit kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai untuk naik pengangkutan (Melaka River Cruise) Sungai Melaka (kanak-kanak $23 x 2 dan dewasa $33 × 2 = RM112.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. MyDebit kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai untuk pengambilan gambar (Melaka River Cruise) Sungai Melaka (RM30.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Tempat terakhir dilawati ialah kawasan terbuka Muzium Pengangkutan Melaka yang terdapat kenderaan lama seperti Keretapi Tanah Melayu, kapal terbang tentera dan jentera bomba daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Barat.

Selasa, 2 September 2025

Di SKVE (E27), Kali Ketiga Setakat 02.09.2025

Lebuhraya Lembah Klang Timur (E27) iaitu East Klang Valley Expressway (EKVE) Seksyen 1 telah dibuka mulai jam 6:00 pagi Sabtu, 30 Ogos 2025. Tol percuma bermula 30 Ogos hingga 30 September 2025. Pembinaan lebuh raya ini telah dimulakan pada hari Selasa, 1 September 2015.

Senarai susunan Plaza Tol (PT) di EKVE Seksyen 1 ialah PT Sungai Long, PT Mahkota Cheras, PT Hulu Langat dan PT Ampang. Lebuh raya ini merupakan sebahagian daripada jalan lingkaran luar Kuala Lumpur.

Sabtu, 30 Ogos 2025 (kali pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TJ. Saya memandu Kenderaan Serba Guna iaitu Multi-Purpose Vehicle (MPV). Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui PT Bukit Kajang (RM1.66). E18 bersambung degan EKVE (E27) dari arah Kajang. Perjalanan percuma di E27 pada hari pertama pembukaan lebuh raya ini melalui PT Sungai Long dan masuk sebentar ke Hentian Sebelah Hulu Langat. Kami meneruskan perjalanan, keluar di Persimpangan Ampang dan melalui PT Ampang. Saya membuat pusingan U, kembali berada di lebuh raya dan melalui PT Ampang. Kilometer (KM) 16.5 ialah persimpangan masuk semula ke laluan utama di E27. Kami meneruskan perjalanan, keluar di Persimpangan Mahkota Cheras dan melalui PT Mahkota Cheras untuk ke Bandar Tun Hussein Onn. Selepas makan, minum dan solat Zohor, anak kedua bergambar untuk tugas pengajian subjek Perniagaan. Kemudian, membeli barang-barang di Cheras Selatan. Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui PT Sungai Long (RM1.66) untuk ke Kajang. E18 dan E21 (Lebuhraya Kajang - Seremban) bersambung ketika perjalanan pulang. Laluan di E21 tanpa melalui plaza tol untuk pulang ke rumah TJ.

Ahad, 31 Ogos 2025 (kali kedua). Anak kedua berada di rumah kerana ada tugas pengajiannya. Saya, isteri, anak sulung, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima bertolak dari rumah TJ. Saya memandu MPV. Masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui PT Batu 11 (RM1.30) dari arah Kajang. Kami pergi ke Kuala Lumpur kerana anak ketiga bergambar untuk tugas pengajian subjek Bahasa Inggeris. Makan dan minum di Ampang. Masuk ke EKVE (E27) melalui Jalan Bukit Belacan. Perjalanan percuma di E27 pada hari kedua pembukaan lebuh raya ini melalui PT Ampang dan berhenti di Hentian Sebelah Hulu Langat. Singgah ke tandas dan solat Zohor di surau. Kami meneruskan perjalanan, keluar di PT Sungai Long (Lebuhraya Lembah Klang Timur) di E27 dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18). Ini kerana E27 dan E18 bersambung untuk ke Kajang. E18 dan E21 (Lebuhraya Kajang - Seremban) juga bersambung ketika perjalanan pulang. Sambungan di E18 dan E21 tanpa melalui plaza tol untuk pulang ke rumah TJ.

Selasa, 2 September 2025 (kali ketiga). Saya bertolak dari rumah TJ pada jam 8:35 pagi. Saya memandu kereta salun (kereta sedan) bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan, Jalan Semenyih dan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) tanpa melalui plaza tol. LEKAS (E21) bersambung sedikit dengan Pintasan Kajang - Semenyih (By Pass). Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) melalui KM 16.6 tanpa melalui plaza tol. E18 bersambung degan EKVE (E27) dari arah Kajang di KM 12.9 (E18). Perjalanan percuma di E27 pada hari keempat pembukaan lebuh raya ini melalui PT Sungai Long yang terletak di antara KM 4.3 dan KM 4.4 EKVE. Saya keluar di Persimpangan Hulu Langat pada jam 9:00 pagi dan melalui PT Hulu Langat (20.8 kilometer dari rumah TJ). Turun sekejap dari kereta. Saya membuat pusingan U dan kembali berada di lebuh raya melalui PT Hulu Langat. Saya keluar di PT Sungai Long (Lebuhraya Lembah Klang Timur) di E27 dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18). Ini kerana E27 dan E18 bersambung untuk ke Kajang. E18 dan E21 (Lebuhraya Kajang - Seremban) juga bersambung ketika perjalanan pulang. Sambungan di E18 dan E21 tanpa melalui plaza tol. Di LEKAS (E21) memandu kereta di KM 0 hingga ke KM 1.9 dan keluar di persimpangan masuk ke Jalan Semenyih untuk pulang ke rumah TJ.

Isnin, 1 September 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 08.2025

Kajang, 01/09/2025 (Isnin) - Saya sedang berada di rumah TJ pada hari pertama bulan September 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Ogos tahun 2025.

01/08/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 02/08/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

03/08/2025 (Ahad) malam Isnin, 04/08/2025 (Isnin) malam Selasa, 05/08/2025 (Selasa) malam Rabu, 06/08/2025 (Rabu) malam Khamis dan 07/08/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

08/08/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 09/08/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

10/08/2025 (Ahad) malam Isnin, 11/08/2025 (Isnin) malam Selasa, 12/08/2025 (Selasa) malam Rabu, 13/08/2025 (Rabu) malam Khamis dan 14/08/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

15/08/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 16/08/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

17/08/2025 (Ahad) malam Isnin, 18/08/2025 (Isnin) malam Selasa, 19/08/2025 (Selasa) malam Rabu, 20/08/2025 (Rabu) malam Khamis dan 21/08/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

22/08/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 23/08/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

24/08/2025 (Ahad) malam Isnin, 25/08/2025 (Isnin) malam Selasa, 26/08/2025 (Selasa) malam Rabu, 27/08/2025 (Rabu) malam Khamis dan 28/08/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

29/08/2025 (Jumaat) malam Sabtu, 30/08/2025 (Sabtu) malam Ahad dan 31/08/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

Ahad, 31 Ogos 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) Ogos 2025

Kuala Lumpur, 31/08/2025 (Ahad) - Saya sedang berada berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad (Muzium Tekstil Negara). Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/08/2025 (RM491.00) dan (RM451.00).
02/08/2025 (RM500.00) dan (RM459.00).
03/08/2025 (RM503.00) dan (RM461.00).
04/08/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
05/08/2025 (RM500.00) dan (RM458.00). 
06/08/2025 (RM501.00) dan (RM459.00).
07/08/2025 (RM499.00) dan (RM458.00).
08/08/2025 (RM500.00) dan (RM459.00).
09/08/2025 (RM502.00) dan (RM461.00).
10/08/2025 (RM503.00) dan (RM462.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/08/2025 (RM503.00) dan (RM462.00).
12/08/2025 (RM495.00) dan (RM454.00).
13/08/2025 (RM495.00) dan (RM454.00).
14/08/2025 (RM493.00) dan (RM453.00).
15/08/2025 (RM491.00) dan (RM451.00).
16/08/2025 (RM491.00) dan (RM451.00).
17/08/2025 (RM490.00) dan (RM450.00).
18/08/2025 (RM490.00) dan (RM450.00).
19/08/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).
20/08/2025 (RM489.00) dan (RM449.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/08/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).
22/08/2025 (RM493.00) dan (RM452.00).
23/08/2025 (RM498.00) dan (RM456.00).
24/08/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
25/08/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
26/08/2025 (RM496.00) dan (RM455.00).
27/08/2025 (RM499.00) dan (RM458.00).
28/08/2025 (RM501.00) dan (RM460.00).
29/08/2025 (RM502.00) dan (RM461.00).
30/08/2025 (RM509.00) dan (RM467.00).
31/08/2025 (RM509.00) dan (RM467.00).

Rabu, 27 Ogos 2025

Melawat Beryl's dan Petrosains 2025

Semenyih, 27/08/2025 (Rabu) - Murid-murid dan guru-guru yang terlibat dengan lawatan sambil belajar ke Beryl's dan Petrosains bersarapan pagi di kantin Sekolah Kebangsaan Semenyih (SKS) sebelum menaiki bas. Dua buah bas (ANK 2128 dan VJA 2125) bergerak dari perkarangan SKS pada jam 9:12 pagi.

Murid-murid yang terlibat dengan lawatan sambil belajar kali ini ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya daripada kelas-kelas Tahun 4, 5 dan 6.

Jam 9:51 pagi, kami sampai ke Beryl's di Seri Kembangan iaitu kilang coklat yang terdapat muzium coklat dan kedai menjual coklat. Kami mempelajari cara membuat coklat melalui lawatan pendidikan ke Beryl's. Penerangan, persembahan video dan lawatan ke Galery Beryl's berkenaan asal usul koko. Kami membeli-belah pelbagai jenis coklat di kedai runcit Beryl's sebelum bergerak menaiki bas ke destinasi seterusnya.

Jam 11:20 pagi, kami singgah makan dan minum di AB Nasi Ayam, Medan Selera MBSJ (Majlis Bandaraya Subang Jaya), Seri Kembangan. Jam 11:55 pagi, kami bergerak dari Seri Kembangan. Jam 12:55 tengah hari, sampai ke perkarangan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Kami masuk melalui pintu utama Suria KLCC. Berkumpul sambil melihat tasik buatan manusia di Taman KLCC dan masuk semula ke Suria KLCC.

Jam 1:15 petang, kami berjalan kaki di dalam Suria KLCC menggunakan eskalator (tangga bergerak) untuk naik ke tingkat bangunan di atas. Kami masuk ke Petrosains, The Discovery Centre. Saya mendapatkan Peta Galery (Gallery Map) dan kami membuat pusingan terbalik supaya segera sampai ke surau untuk solat Zohor. Pintu masuk dan pintu keluar di Sparkz.

Kami membuat lawatan ke Petrosains melalui Sparkz, Science Show Stage, Geotime Diorama, Time Tunnel, Space (tandas dan surau), Tech Lab, 3D Theater (playlab), Sustainability Gallery, Molecule Nano World, Cafe' Mesra, Speed, The Platform and Sparkz. Masuk ke Xplorasi - Petrosains Gift Shop, KLCC dan berkumpul di luar Petrosains. Kami berjalan kaki di dalam Suria KLCC menggunakan eskalator (tangga bergerak) untuk turun ke tingkat bangunan di bawah. Keluar melalui pintu utama Suria KLCC.

Jam 4:15 petang, kami menaiki bas. Jam 4:30 petang, dua buah bas bergerak meninggalkan Kuala Lumpur menempuh kesesakan lalu lintas. Jam 6:00 petang, sampai ke SKS.

Rabu, 20 Ogos 2025

HCTM UKM 20.08.2025

Kuala Lumpur, 20/08/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu GrabCar (Perodua Bezza Garnet Red Metallic) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 17/08/2025 (Ahad), saya telah mebuat tempahan awal (advance booking) untuk GrabCar melalui aplikasi Grab Malaysia (RM31.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet).

Pada 20/08/2025 (Rabu), caj tambahan ditolak daripada GrabPay Wallet kerana GrabCar melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai di hospital. Saya keluar dari GrabCar dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter B, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter B iaitu mendapat nombor 9010 (jam 7:38 AM) dengan bantuan daripada jururawat W. Saya menunggu di kerusi. Nombor 9010 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz dan mencuba kanta mata kanan. Ia dikendalikan oleh jururawat W. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nama saya dipanggil ke Bilik 7 oleh Dr Nur Hanisah binti Mohamad Kani. Diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam mata kanan untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan kedua-dua bahagian mata. Tekanan mata kiri saya 18 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 18 mmhg. Diberi borang untuk imbasan mata di Bilik 10 dan Bilik 8. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C.

Di Bilik 10 (Bilik Biometry) untuk imbasan melihat sel mata menggunakan sejenis peralatan. Di Bilik 8 (Unit Imagenet) untuk ujian mata OCT (Optical Cohorence Tomography) bagi melihat retina pada mata.

Saya kembali ke Bilik 7 berjumpa Dr Nur Hanisah binti Mohamad Kani. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Doktor Perubatan yang merawat mata saya merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Nur Hanisah binti Mohamad Kani. Hari ini tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter B.

Saya mendapatkan tambahan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1160. Ini kerana saya masih menggunakan Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk. Saya juga diberi ubat batuk untuk diminum (10 mililiter 3 kali sehari) dan ubat selesema untuk ditelan (1 biji 1 kali sehari selepas makan).

Turun ke tingkat G dan pergi ke Lobi Utama. Keluar dari bangunan hospital untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Proton Persona HWE 7624 dari HTCM ke rumah SI. Ketika dalam perjalanan, buat pesanan makanan untuk GrabFood melalui aplikasi Grab Malaysia (RM20.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet). Sampai di rumah SI dan membayar tambang kenderaan secara tunai (RM28.00).

Isnin, 18 Ogos 2025

Klinik Kesihatan 18.08.2025

Kajang, 18/08/2025 (Isnin) - Bergerak dari rumah SI. Jam 7:17 pagi, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Perodua Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris.

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0014A (jam 7:45 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0014A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0015 (jam 8:01 AM) di kaunter 2. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.

Nombor N0015 dipanggil ke Triage 1A. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (143/87) dan kadar nadi (83). Juga mencatat berat saya 48 kilogram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).

Nombor N0015 dipanggil ke Bilik 9(C) berjumpa doktor (Dr Abdul Hadi bin Abdullah). Dia melihat laporan pemeriksaan kesihatan yang lepas di dalam komputer. Saya menunjukkan bacaan tekanan darah yang diperiksa di rumah (Home BP Monitoring) yang ditulis ke dalam buku berwarna hijau. Di rumah, saya menggunakan alat jenis miivio (JD-719) untuk Monitor Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor). Digital Automatik (Automatic Digital).

Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 40mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 8063. Ambil Perindopril 8mg Tablet (1 biji 1 kali sehari) sebelum sarapan pagi dan Amlodipine 10mg Tablet (1 biji 1 kali sehari) selepas sarapan pagi. Ambil Atorvastatin 80mg Tablet (1/2 biji 1 kali sehari) sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada jam 9:03 AM.

Saya ke Gerai Nasi Berlauk Kg Air Dingin di sebelah KKK sebelum mendapatkan kereta dan memandunya pulang ke rumah TJ.

Isnin, 4 Ogos 2025

Klinik Kesihatan 04.08.2025

Kajang, 04/08/2025 (Isnin) - Pagi ini, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Perodua Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Sebelum jam 8:00 AM sudah ada orang berbaris (saya baru teringat berkenaan janji temu pagi ini dan terlewat sedikit keluar dari rumah SI).

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0036L (jam 8:09 AM). Lokasi yang dicatat ialah Lab Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian luar. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor LA0035 (jam 8:21 AM). Saya masuk ke bahagian dalam dan menunggu nombor dipanggil. Nama servis ialah Lab Service. Lokasi yang dicatat ialah Bilik 20 (Venipuncture OPD).

Nombor saya dipanggil ke Bilik 20 iaitu Bilik Pengambilan Darah. Menunggu giliran di dalam bilik tersebut. Darah saya diambil dari pelipat tangan kiri. Saya menghantar darah itu ke Kaunter 7. Urusan selesai pada jam 9:10 AM.

Saya ke Gerai Nasi Berlauk Kg Air Dingin di sebelah KKK sebelum mendapatkan kereta dan memandunya pulang ke rumah TJ.

Jumaat, 1 Ogos 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 07.2025

Kajang, 01/08/2025 (Jumaat) - Saya sedang berada di rumah TJ pada hari pertama bulan Ogos 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Julai tahun 2025.

01/07/2025 (Selasa) malam Rabu, 02/07/2025 (Rabu) malam Khamis dan 03/07/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

04/07/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 05/07/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli, 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

06/07/2025 (Ahad) malam Isnin, 07/07/2025 (Isnin) malam Selasa, 08/07/2025 (Selasa) malam Rabu, 09/07/2025 (Rabu) malam Khamis dan 10/07/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

11/07/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 12/07/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

13/07/2025 (Ahad) malam Isnin, 14/07/2025 (Isnin) malam Selasa, 15/07/2025 (Selasa) malam Rabu, 16/07/2025 (Rabu) malam Khamis dan 17/07/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

18/07/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

19/07/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

20/07/2025 (Ahad) malam Isnin dan
21/07/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

22/07/2025 (Selasa) malam Rabu, 23/07/2025 (Rabu) malam Khamis dan 24/07/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

25/07/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 26/07/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

27/07/2025 (Ahad) malam Isnin, 28/07/2025 (Isnin) malam Selasa, 29/07/2025 (Selasa) malam Rabu, 30/07/2025 (Rabu) malam Khamis dan 31/07/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

Khamis, 31 Julai 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) Julai 2025

Semenyih, 31/07/2025 (Khamis) - Saya sedang berada di Sekasih. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/07/2025 (RM483.00) dan (RM443.00).
02/07/2025 (RM490.00) dan (RM449.00).
03/07/2025 (RM494.00) dan (RM453.00).
04/07/2025 (RM490.00) dan (RM450.00).
05/07/2025 (RM491.00) dan (RM451.00). 
06/07/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).
07/07/2025 (RM492.00) dan (RM451.00). 
08/07/2025 (RM492.00) dan (RM451.00). 
09/07/2025 (RM488.00) dan (RM448.00).
10/07/2025 (RM491.00) dan (RM451.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/07/2025 (RM493.00) dan (RM452.00).
12/07/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
13/07/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
14/07/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
15/07/2025 (RM497.00) dan (RM456.00).
16/07/2025 (RM493.00) dan (RM452.00).
17/07/2025 (RM499.00) dan (RM458.00). 
18/07/2025 (RM495.00) dan (RM454.00).
19/07/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
20/07/2025 (RM497.00) dan (RM456.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/07/2025 (RM497.00) dan (RM456.00).
22/07/2025 (RM503.00) dan (RM462.00).
23/07/2025 (RM506.00) dan (RM464.00).
24/07/2025 (RM503.00) dan (RM462.00).
25/07/2025 (RM497.00) dan (RM456.00).
26/07/2025 (RM490.00) dan (RM450.00).
27/07/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).
28/07/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).
29/07/2025 (RM490.00) dan (RM449.00).
30/07/2025 (RM491.00) dan (RM450.00).
31/07/2025 (RM487.00) dan (RM447.00).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.