Jumaat, 5 September 2025

Percutian ke Bandar Hilir 2025

Melaka Tengah, 05/09/2025 (Jumaat) - Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang berada di tempat pengajian masing-masing sempena Cuti Umum Maulidur Rasul hari ini (Jumaat, 5 September 2025 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1447). Jumaat minggu lepas, mereka sudah pulang ke Kajang sempena Cuti Umum Hari Kebangsaan (Isnin) yang bersambung dengan Cuti Pangkal Minggu (Ahad) dan Cuti Hujung Minggu (Sabtu). Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Bandar Hilir hari ini (12:17 PM hingga 4:33 PM ialah tempoh parkir untuk kereta saya dengan bayaran sekali masuk). RM420.57 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Bandar Hilir selama 4 jam 16 minit sahaja. Saya memandu Perodua Bezza merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) yang menempuh Plaza Tol (PT) Kajang Selatan ke PT Setul dan PT Ampangan. Melalui Lebuhraya Utara - Selatan (E2) yang menempuh PT Senawang ke PT Ayer Keroh. Kilometer 222 di E2 ialah sempadan dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Perbelanjaan menggunakan perbankan Islam (HLB SAVINGS-i JL), Setel Petronas J, kad Touch 'n Go J (T'nG J) di lorong SmartTAG (Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol) dan wang tunai. PT Kajang Selatan ke PT Setul (RM5.50) di E21 melalui kad (T'nG J) pada 9:50 AM. PT Ampangan (RM2.30) di E21 melalui kad (T'nG J) pada 9:56 AM. PT Senawang ke PT Ayer Keroh (RM6.97) di E2 melalui kad (T'nG J) pada 11:11 AM. Isi petrol RON95 di Petronas Ayer Keroh 3 (RM50.00) melalui Setel J pada 11:14 AM. MyDebit Parking Payment di Dataran Pahlawan Megamall (Zon C), Melaka (RM15.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Turun dari kawasan letak kenderaan, nampak A Famosa (pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511). Masuk ke Tandas Awam Taman Bunga Merdeka (RM0.50) melalui wang tunai J. Scan and Pay kepada Raja Cendol Taming Sari (original), Melaka (RM8.90) melalui perbankan Islam (minum) JL. MyDebit kepada Melaka Taming Sari Berhad untuk naik menara berputar (kanak-kanak $15 x 2 dan dewasa $20 × 2 = RM70.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Menara 110 meter. Melaka Chocolate House (RM34.40) melalui wang tunai L. Jambu batu dan jambu air (RM10.00) melalui wang tunai L. MyDebit kepada Restoran Asam Pedas Orang Kampung (RM50.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Scan and Pay kepada tukang kayuh beca berhias (RM25.00) melalui perbankan Islam (kenderaan beroda tiga) JL. MyDebit kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai untuk naik pengangkutan (Melaka River Cruise) Sungai Melaka (kanak-kanak $23 x 2 dan dewasa $33 × 2 = RM112.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. MyDebit kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai untuk pengambilan gambar (Melaka River Cruise) Sungai Melaka (RM30.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Tempat terakhir dilawati ialah kawasan terbuka Muzium Pengangkutan Melaka yang terdapat kenderaan lama seperti Keretapi Tanah Melayu, kapal terbang tentera dan jentera bomba daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Barat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.