Selasa, 1 Julai 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 06.2025

Kajang, 01/07/2025 (Selasa) - Saya sedang berada di rumah SI pada hari pertama bulan Julai 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Jun tahun 2025.

01/06/2025 (Ahad) malam Isnin dan 02/06/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 1. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

03/06/2025 (Selasa) malam Rabu dan 04/06/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

05/06/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

06/06/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 07/06/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2.

08/06/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 bermalam di lokasinya.

09/06/2025 (Isnin) malam Selasa, 10/06/2025 (Selasa) malam Rabu, 11/06/2025 (Rabu) malam Khamis dan 12/06/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

13/06/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 1, ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

14/06/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 1, ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

15/06/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

16/06/2025 (Isnin) malam Selasa.
Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di The Neighbour Homestay (bilik 3). Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

17/06/2025 (Selasa) malam Rabu, 18/06/2025 (Rabu) malam Khamis, 19/06/2025 (Khamis) malam Jumaat dan 20/06/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

21/06/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

22/06/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

23/06/2025 (Isnin) malam Selasa, 24/06/2025 (Selasa) malam Rabu dan 25/06/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

26/06/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

27/06/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

28/06/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

29/06/2025 (Ahad) malam Isnin dan 30/06/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

Isnin, 30 Jun 2025

HarEmas 999.9 PG (GAP) Jun 2025

Semenyih, 30/06/2025 (Isnin) - Saya sedang berada di Sekasih. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/06/2025 (RM489.00) dan (RM449.00).
02/06/2025 (RM489.00) dan (RM449.00).
03/06/2025 (RM502.00) dan (RM461.00).
04/06/2025 (RM497.00) dan (RM456.00).
05/06/2025 (RM501.00) dan (RM459.00).
06/06/2025 (RM494.00) dan (RM453.00).
07/06/2025 (RM492.00) dan (RM452.00).
08/06/2025 (RM489.00) dan (RM449.00).
09/06/2025 (RM489.00) dan (RM449.00).
10/06/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/06/2025 (RM492.00) dan (RM452.00).
12/06/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
13/06/2025 (RM506.00) dan (RM464.00).
14/06/2025 (RM508.00) dan (RM466.00).
15/06/2025 (RM509.00) dan (RM467.00).
16/06/2025 (RM509.00) dan (RM467.00).
17/06/2025 (RM503.00) dan (RM462.00).
18/06/2025 (RM501.00) dan (RM459.00).
19/06/2025 (RM503.00) dan (RM462.00).
20/06/2025 (RM501.00) dan (RM460.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/06/2025 (RM500.00) dan (RM459.00).
22/06/2025 (RM500.00) dan (RM459.00).
23/06/2025 (RM500.00) dan (RM459.00).
24/06/2025 (RM504.00) dan (RM463.00).
25/06/2025 (RM492.00) dan (RM451.00).
26/06/2025 (RM493.00) dan (RM452.00).
27/06/2025 (RM491.00) dan (RM450.00).
28/06/2025 (RM484.00) dan (RM444.00).
29/06/2025 (RM484.00) dan (RM444.00).
30/06/2025 (RM484.00) dan (RM444.00).

Khamis, 26 Jun 2025

Tekanan Darah 6 Bulan Pertama Tahun 2025

Kajang, 26/06/2025 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah SI pada hari terakhir bulan Zulhijjah 1446. Khamis, 26 Jun 2025 bersamaan dengan 29 Zulhijjah 1446.

Tekanan darah 140/90 mmHg iaitu Sistolik (140 mmHg) atau lebih dan Diastolik (90 mmHg) atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi). mmHg dalam konteks tekanan darah ialah singkatan daripada milimeter air raksa (merkuri) yang merupakan satuan untuk mengukur tekanan darah. Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80 mmHg dikira paling sesuai (ideal) bagi orang dewasa.

Di bawah ini ialah bacaan tekanan darah saya untuk enam bulan pertama tahun 2025.

Bacaan tekanan darah pada Khamis, 9 Januari 2025 ialah 211/114 mmHg. 211 (Sistolik) dan 114 (Diastolik). Kadar Nadi atau Pulse Rate (PR) tidak sempat dilihat. PR normal bagi orang dewasa semasa rehat ialah antara 60 hingga 100 denyutan per minit.

Rabu, 22 Januari 2025 ialah 164 (Sistolik) dan 107 (Diastolik) serta 85 (PR).
Jumaat, 7 Februari 2025 ialah 154 (Sistolik) dan 103 (Diastolik) serta 91 (PR).
Sabtu, 22 Mac 2025 ialah 130 (Sistolik) dan 79 (Diastolik) serta 73 (PR).
Ahad, 6 April 2025 ialah 126 (Sistolik) dan 89 (Diastolik) serta 98 (PR).
Khamis, 8 Mei 2025 ialah 118 (Sistolik) dan 67 (Diastolik) serta 73 (PR).
Khamis, 26 Jun 2025 ialah 125 (Sistolik) dan 80 (Diastolik) serta 78 (PR).

Ahad, 15 Jun 2025

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform) SKS 2025

Kajang, 15/06/2025 (Ahad) - Hari ini merupakan hari ketiga program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform 2025) untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 daripada Sekolah Kebangsaan Semenyih (SKS), Hulu Langat, Selangor. Kami telah berada di Kem Tun Ibrahim (Rejimen Ke-31 Artileri Diraja), Taman Kajang Prima, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor selama 3 hari 2 malam. 13, 14 dan 15 Jun 2025 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Pelbagai aktiviti diadakan di Kem Tun Ibrahim untuk SKS. Saya bertindak sebagai Penolong Penyelaras Program bagi Perform 2025. Di SKS, saya ialah Penolong Penyelaras Unit Beruniform.

Hari Jumaat. Saya merupakan salah seorang guru pengiring yang menaiki bas rombongan ke kem. Saya mengetuai Bas C yang memuatkan murid-murid lelaki bertolak dari SKS kira-kira jam 8:35 pagi dan sampai ke simpang pintu masuk kem kira-kira jam 8:50 pagi. Jarak perjalanan tidak melebihi 5 kilometer tetapi disebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Semenyih, bas mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kawasan kem. Empat buah bas yang membawa murid-murid lelaki dan perempuan serta guru-guru lelaki dan perempuan ialah Bas A, B, C dan D. Turun dari bas, kami terus berada di Dewan Sri Kajang, Rajimen Artileri Diraja (RAD). Sesi taklimat diadakan di dewan ini. Kami masuk ke ke Mamba Dormitory (Penginapan Transit) @ Mamba (BPKP 35). Bilik saya di Oerlikon 3 yang mempunyai tiga buah katil bujang, tiga buah almari, sebuah meja, sebuah, kerusi dan sebuah tandas (bilik air). Makan tengah hari bermula 12:00 PM di Dewan Yusof @ Rumah Masak (BPKP 40). Kami guru lelaki dan murid-murid lelaki solat Jumaat di Surau Jamek al-Ehsaniah, Kem Tun Ibrahim.

Aktiviti-aktiviti di kem dijalankan oleh guru-guru SKS dan pihak tentera. Saya sebagai salah seorang jurugambar untuk Perform 2025. Aktiviti-aktiviti hari Jumaat diteruskan lagi. Pecah Bendungan, minum petang, solat Asar, Orientasi Kem, makan malam, pengurusan diri, makan malam, solat Maghrib, tazkirah, solat Isyak, Latihan Dalam Kumpulan, minum malam, pengurusan diri dan lelap mata.

Hari Sabtu. Pengurusan diri, solat Subuh, tazkirah, senaman pagi, sarapan pagi, kawad kaki, minum pagi, aktiviti pandu arah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat berpandukan kompas (orienteering), makan tengah hari, solat Zohor, Ikhtiar Hidup di Survival Village, minum petang, solat Asar, persiapan malam kebudayaan, makan malam, Solat Maghrib, makan malam di Survival Village, Malam Kebudayaan di Survival Village, solat Isyak, pengurusan diri dan lelap mata.

Hari Ahad. Pengurusan diri, solat Subuh, tazkirah, senaman pagi, sarapan pagi, Pameran Ketenteraan, majlis perasmian penutupan dan bertolak pulang dari penempatan RAD di Kem Tun Ibrahim ke SKS.

Kira-kira jam 12:10 tengah hari, Bas C sampai ke SKS. Bas A dan Bas B telah sampai beberapa minit lebih awal. Bas kami (Bas C) berselisih dengan Bas D yang sampai selepas itu kerana ia melalui jalan yang lain. Saya mendapatkan kereta Perodua Bezza di dalam kawasan sekolah dan memandu pulang. Sampai ke rumah TJ ketika waktu masih tengah hari.

Ahad, 1 Jun 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 05.2025

Kuala Lipis, 01/06/2025 (Ahad) - Saya sedang berada di rumah TTD pada hari pertama bulan Jun 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Mei tahun 2025.

01/05/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 5 bermalam di lokasinya.

02/05/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 03/05/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 5 bermalam di lokasinya.

04/05/2025 (Ahad) malam Isnin, 05/05/2025 (Isnin) malam Selasa, 06/05/2025 (Selasa) malam Rabu, 07/05/2025 (Rabu) malam Khamis dan 08/05/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 5 bermalam di lokasinya.

09/05/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI.

10/05/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

11/05/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di Akar Beach Resort (bilik 106).

12/05/2025 (Isnin) malam Selasa, 13/05/2025 (Selasa) malam Rabu dan 14/05/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 5 bermalam di lokasinya.

15/05/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI.

16/05/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

17/05/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI.

18/05/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 2, ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

19/05/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

20/05/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

21/05/2025 (Rabu) malam Khamis dan 22/05/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

23/05/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 24/05/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

25/05/2025 (Ahad) malam Isnin, 26/05/2025 (Isnin) malam Selasa dan 27/05/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

28/05/2025 (Rabu) malam Khamis dan 29/05/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

30/05/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di Ta'mim Seaview Hotel (bilik 3 @ Jasmine). Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

31/05/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TTD. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

Sabtu, 31 Mei 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) Mei 2025

Dungun, 31/05/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di Ta'mim Seaview Hotel, Paka. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/05/2025 (RM498.00) dan (RM457.00).
02/05/2025 (RM489.00) dan (RM448.00).
03/05/2025 (RM482.00) dan (RM442.00).
04/05/2025 (RM483.00) dan (RM443.00).
05/05/2025 (RM483.00) dan (RM443.00). 
06/05/2025 (RM486.00) dan (RM446.00). 
07/05/2025 (RM500.00) dan (RM459.00). 
08/05/2025 (RM501.00) dan (RM460.00).
09/05/2025 (RM497.00) dan (RM456.00).
10/05/2025 (RM502.00) dan (RM460.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/05/2025 (RM499.00) dan (RM458.00).
12/05/2025 (RM499.00) dan (RM458.00).
13/05/2025 (RM487.00) dan (RM447.00).
14/05/2025 (RM493.00) dan (RM452.00).
15/05/2025 (RM476.00) dan (RM437.00). 
16/05/2025 (RM482.00) dan (RM442.00). 
17/05/2025 (RM477.00) dan (RM437.00). 
18/05/2025 (RM480.00) dan (RM440.00).
19/05/2025 (RM480.00) dan (RM440.00).
20/05/2025 (RM486.00) dan (RM446.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/05/2025 (RM492.00) dan (RM452.00).
22/05/2025 (RM494.00) dan (RM453.00).
23/05/2025 (RM491.00) dan (RM450.00).
24/05/2025 (RM496.00) dan (RM455.00).
25/05/2025 (RM496.00) dan (RM455.00). 
26/05/2025 (RM496.00) dan (RM455.00). 
27/05/2025 (RM492.00) dan (RM451.00). 
28/05/2025 (RM488.00) dan (RM448.00).
29/05/2025 (RM487.00) dan (RM446.00).
30/05/2025 (RM491.00) dan (RM451.00).
31/05/2025 (RM489.00) dan (RM449.00).

Jumaat, 30 Mei 2025

Hari Pertama Percutian ke Paka, Dungun 2025

Anak sulung dan anak kedua tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang belajar peringkat Diploma di tempat pengajian masing-masing. Minggu ini ialah Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Saya, isteri, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima sedang bercuti di Paka, Dungun. RM389.12 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Paka, Dungun selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 3 @ Jasmine (Super Deluxe Room), Ta'min Seaview Hotel, Lot 4643, Jalan Besar Kampung Cacar, Paka, 23100 Dungun, Terengganu.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Pintu masuk utama yang menghadap laut dan boleh berjalan kaki dari hotel ke pantai di seberang Jalan Siakap. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Peti ais dan saterika di luar bilik (ruang tamu). Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Kolam renang di luar bangunan hotel sedang dibaiki dan tidak boleh mandi di situ. Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (RM185.64) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Selasa, 27 Mei 2025.

Jumaat, 30 Mei 2025 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah SI pada 9:20 AM. Sampai ke kawasan hotel pada 3:50 PM selepas pemanduan kereta sejauh 371 kilometer dari Kajang ke Paka. Saya memandu Perodua Bezza merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh Plaza Tol (PT) Batu 11. Melalui Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) yang menempuh PT Bukit Teratai dan PT Ampang (A). Melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan singgah isi petrol di Petronas Hulu Klang 2. Melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) yang menempuh PT Gombak dan PT Bentong. Sebelum sampai ke PT Bentong, singgah di Petronas PSS Bentong R&R untuk tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG) tetapi tidak boleh kerana sistem terputus daripada rangkaian (offline). Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 (E8) yang menempuh PT Karak ke PT Paka di LPT2. Singgah di Shell Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh di LPT 1 untuk tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG). Singgah makan, minum dan solat di Kawasan Rehat dan Rawat Perasing di LPT2Guna juga peta Google pada telefon pintar selepas bergerak keluar dari kawasan rehat. Tiba di hotel. Daftar masuk ke bilik dan berehat. Berjalan-jalan di tepi pantai melihat laut dan membeli makanan. Berehat dan solat. Keluar mencari kedai dan berjumpa dengan Paka Mart di Jalan Kerisi. Lokasinya tidak jauh dari Jalan Siakap dan Jalan Jelawat. Makan malam di Mukhlis Tomyam Seafood, Lot 2347, Kampung Cacar Baru, Paka, 23100 Dungun, Terengganu. Kembali ke hotel dan berehat di bilik.

Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) dalam talian untuk penginapan telah dibayar lebih awal seperti yang dinyatakan di atas. Perbelanjaan hari pertama. Touch 'n Go J (RM1.30) PT Batu 11 di E7 melalui kad (T'nG J) pada 9:31 AM. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui kad (T'nG J) pada 9:48 AM. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui kad (T'nG J) pada 9:54 AM. Setel J Petronas Hulu Klang 2 (RM50.00) RON95 pada 10:02 AM. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui kad (T'nG J) pada 10:15 AMTouch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui kad (T'nG J) pada 11:16 AM. Touch 'n Go J (RM29.08) PT Karak ke PT Paka di E8 melalui kad (T'nG J) pada 3:32 PM. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A8 (RM18.00) untuk makan. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A5 (RM12.00) untuk makan. Lain-lain (tunal L) kepada Gerai A7 (RM9.50) untuk minum. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A4 (RM15.00) untuk bungkus makanan. Lain-lain (tunal L) kepada jualan but kereta (RM20.00) untuk bungkus makanan. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Mukhlis Tomyam Seafood (RM34.50) untuk makan dan minum.

Jumaat, 16 Mei 2025

Hari Guru 2025

Kuching, 16/05/2025 (Jumaat) - Bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching atau BCCK (Borneo Convention Centre Kuching), Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 diadakan pagi ini di Sarawak. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’. Puan Fadhlina binti Sidek ialah Menteri Pendidikan 2025.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia. 1-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 4-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 6-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ikrar Hari Guru. Bahawasanya kami. Guru-guru negara Malaysia. Dengan ini berikrar. Mendukung terus cita-cita kami. Terhadap tugas kami. Dan menyatakan keyakinan kami. Pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami akan berbakti. Kepada masyarakat. Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung. Perlembagaan negara. Kami mengamalkan. Prinsip-prinsip Rukun Negara. Pada setiap masa.

Rabu, 14 Mei 2025

HCTM UKM 14.05.2025

Kuala Lumpur, 14/05/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh isteri yang memandu kereta ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Isteri saya mendapat kebenaran masuk kerja lewat sedikit hari ini kerana sepatutnya pihak hospital menerima masuk (admit) saya ke wad. Ia untuk pembedahan mata kanan, esok tetapi ditangguhkan lagi. Hari ini digantikan dengan janji temu rawatan mata melalui panggilan telefon petang semalam daripada Dr Mun Yen Yin. Saya keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan setelah hadir (janji temu melalui panggilan telefon). Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9017 (jam 7:45 AM). Saya menunggu di kerusi. Nombor 9017 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz dan mencuba kanta mata kanan. Ia dikendalikan oleh jururawat dan Dr Mun Yen Yin. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nama saya dipanggil ke Bilik 7 oleh Dr Mun Yen Yin. Diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan kedua-dua bahagian mata. Tekanan mata kiri saya 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 16 mmhg. Saya diminta berehat di kerusi di luar Bilik 7.

Nama saya dipanggil semula oleh Dr Mun Yen Yin. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Doktor Perubatan yang merawat mata saya merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Mun Yen Yin. Hari ini dan esok tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu untuk rawatan mata seterusnya atau menerima masuk (admit) saya ke wad akan ditulis ke dalam Kad Janji Temu selepas dihubungi melalui panggilan telefon nanti.

Saya mendapatkan tambahan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1045. Ini kerana saya masih menggunakan Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.

Singgah ke Surau Ibnu Sina (Surau Jumaat) di tingkat 1, turun ke kafe hospital di tingkat G bagi membungkus makanan dan keluar dari bangunan hospital melalui pintu berhampiran dengan Farmasi SF HCTM untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Proton Persona HWE 3291 dari HTCM ke rumah SI.

Isnin, 12 Mei 2025

Akar Beach Resort Port Dickson 2025

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Port Dickson. RM710.54 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 106, Akar Beach Resort, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Dari balkoni (anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat) nampak kolam renang. Juga nampak laut apabila memandang ke arah sebelah kanan. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, peti ais di dalam bilik, cermin, TV dan saterika. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (oleh kerana tidak diterima pihak hotel, masa sampai baru bayar dengan kad debit) pada hari pertama untuk penginapan 2 hari 1 malam.

Ahad, 11 Mei 2025 (hari pertama). Saya, isteri serta anak-anak bertolak dari rumah TJ dan sampai di Port Dickson. Makan serta minum di Restoran De' Lomak Salai dan Ikan Bakar, Batu 7, Jalan Pantai Teluk Kemang (Meja 17). Kami meneruskan perjalanan dan tiba di kawasan hotel. Membuat urusan mendaftar masuk sebelum jam 4:00 petang selepas pemanduan kenderaan sejauh 78 kilometer. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan, Jalan Semenyih serta melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) yang menempuh Plaza Tol (PT) Kajang ke PT Setul, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Yam Tuan, Jalan Zaaba, Jalan Rasah (Petronas Mambau), Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) yang menempuh PT Mambau (Kawasan Rehat dan Rawat Mambau), Jalan Pantai Teluk Kemang (De' Lomak Salai dan Ikan Bakar) di Batu 7 dan (Akar Beach Resort) di Batu 9. Guna juga peta Google pada Proton Exora untuk laluan terbaik. Tiba di hotel. Masuk ke bilik. Solat dan berehat. Anak-anak mandi di kolam renang dan laut. Solat, makan malam di bilik dan berehat.

Perbelanjaan hari pertama. Touch 'n Go J (RM5.50) PT Kajang Selatan ke PT Setul di E18 melalui kad (T'nG J) pada 1:09 PM. Setel J Petronas Mambau (RM50.00) RON95 pada 1:42 PM. Touch 'n Go J (RM2.62) PT Mambau di E29 melalui kad (T'nG J) pada 1:48 PM. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Restoran De' Salai dan Ikan Bakar (RM83.40) untuk makan dan minum. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Akar Beach Resort (RM432.00) untuk penginapan.

Isnin, 12 Mei 2025 (hari kedua). Cuti Hari Wesak. Bangun, solat Subuh dan bersarapan pagi di Coral Cafe di tingkat G. Tiga orang percuma (pakej penginapan) dan seorang lagi percuma kerana berumur 5 tahun ke bawah. Ada tambahan bayaran untuk dua orang berumur 13 tahun ke atas dan seorang berumur 6 tahun ke atas. Naik ke bilik di tingkat 1. Kami berjalan kaki ke pantai, mandi laut dan berenang di kolam di sebelah Coral Cafe. Waktu tengah hari, kami telah mendaftar keluar. Jam 12:12 PM, saya memandu kenderaan bergerak meninggalkan kawasan Akar Beach Resort. Makan serta minum di Restoran Station Kaklong Kawasan, Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang (Meja 20). Kami meneruskan perjalanan di Jalan Pantai Teluk Kemang, Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) yang menempuh PT Mambau, Jalan Rasah, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Dato' Muda Linggi, Jalan Jelebu, Jalan Ujong Pasir 1, Jalan Sikamat, Jalan Pantai (Jalan Jelebu), Jalan Kuala Klawang - Seremban dan Jalan Gurkha. Kami bertujuh tiba di perkarangan Masjid Jamek Kuala Klawang yang terletak dalam daerah Jelebu pada 2:55 PM.

Perbelanjaan hari kedua. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Akar Beach Resort (RM48.00) untuk tambahan orang bersarapan pagi di Coral Cafe. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Restoran Station Kaklong Kawasan (RM86.40) untuk makan dan minum. Touch 'n Go J (RM2.62) PT Mambau di E29 melalui kad (T'nG J) pada 1:47 PM.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.