%2018%20Zulhijjah%201446.jpg)
Pelbagai aktiviti diadakan di Kem Tun Ibrahim untuk SKS. Saya bertindak sebagai Penolong Penyelaras Program bagi Perform 2025. Di SKS, saya ialah Penolong Penyelaras Unit Beruniform.
Hari Jumaat. Saya merupakan salah seorang guru pengiring yang menaiki bas rombongan ke kem. Saya mengetuai Bas C yang memuatkan murid-murid lelaki bertolak dari SKS kira-kira jam 8:35 pagi dan sampai ke simpang pintu masuk kem kira-kira jam 8:50 pagi. Jarak perjalanan tidak melebihi 5 kilometer tetapi disebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Semenyih, bas mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kawasan kem. Empat buah bas yang membawa murid-murid lelaki dan perempuan serta guru-guru lelaki dan perempuan ialah Bas A, B, C dan D. Turun dari bas, kami terus berada di Dewan Sri Kajang, Rajimen Artileri Diraja (RAD). Sesi taklimat diadakan di dewan ini. Kami masuk ke ke Mamba Dormitory (Penginapan Transit) @ Mamba (BPKP 35). Bilik saya di Oerlikon 3 yang mempunyai tiga buah katil bujang, tiga buah almari, sebuah meja, sebuah, kerusi dan sebuah tandas (bilik air). Makan tengah hari bermula 12:00 PM di Dewan Yusof @ Rumah Masak (BPKP 40). Kami guru lelaki dan murid-murid lelaki solat Jumaat di Surau Jamek al-Ehsaniah, Kem Tun Ibrahim.
Aktiviti-aktiviti di kem dijalankan oleh guru-guru SKS dan pihak tentera. Saya sebagai salah seorang jurugambar untuk Perform 2025. Aktiviti-aktiviti hari Jumaat diteruskan lagi. Pecah Bendungan, minum petang, solat Asar, Orientasi Kem, makan malam, pengurusan diri, makan malam, solat Maghrib, tazkirah, solat Isyak, Latihan Dalam Kumpulan, minum malam, pengurusan diri dan lelap mata.
Hari Sabtu. Pengurusan diri, solat Subuh, tazkirah, senaman pagi, sarapan pagi, kawad kaki, minum pagi, aktiviti pandu arah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat berpandukan kompas (orienteering), makan tengah hari, solat Zohor, Ikhtiar Hidup di Survival Village, minum petang, solat Asar, persiapan malam kebudayaan, makan malam, Solat Maghrib, makan malam di Survival Village, Malam Kebudayaan di Survival Village, solat Isyak, pengurusan diri dan lelap mata.
Hari Ahad. Pengurusan diri, solat Subuh, tazkirah, senaman pagi, sarapan pagi, Pameran Ketenteraan, majlis perasmian penutupan dan bertolak pulang dari penempatan RAD di Kem Tun Ibrahim ke SKS.
Kira-kira jam 12:10 tengah hari, Bas C sampai ke SKS. Bas A dan Bas B telah sampai beberapa minit lebih awal. Bas kami (Bas C) berselisih dengan Bas D yang sampai selepas itu kerana ia melalui jalan yang lain. Saya mendapatkan kereta Perodua Bezza di dalam kawasan sekolah dan memandu pulang. Sampai ke rumah TJ ketika waktu masih tengah hari.