Jumaat, 14 Mac 2025

Zakat Fitrah 13 Ramadan 1446

Kajang, 14/03/2025 (Jumaat) - Tajuk tazkirah saya pada hari ini ialah Zakat Fitrah 13 Ramadan 1446.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Islam itu ditegakkan di atas lima dasar. Menyaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji serta berpuasa di bulan Ramadan. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kilogram beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri di Malaysia.

Di Selangor, kempen bayar Zakat Fitrah ikut harga beras dimakan. RM7.00 untuk Beras Putih Import dan Beras Putih Tempatan. RM15.00 untuk Beras Merah, Beras Perang, Beras Pulut dan Beras Wangi. RM22.00 untuk Beras Herba Ponni, Beras Jepun dan Beras Basmathi.

Hari ini, saya telah membuat pembayaran Zakat Fitrah (RM22.00 x 7 orang = RM154.00) dengan menggunakan FPX (Financial Process Exchange) di laman web FPX.Zakat.Selangor.com.my - Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor). Ia merupakan satu kaedah pembayaran "online" terkini di Malaysia yang diuruskan oleh MEPS (Malaysian Electronic Payment System) Sdn Bhd. Ia adalah satu platform transaksi kewangan secara "online" yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet.

Rabu, 12 Mac 2025

Klinik Kesihatan 12.03.2025

Kajang, 12/03/2025 (Rabu) - Jam 7:10 pagi, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Proton Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris.

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0011A (jam 7:32 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0011A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0010 (jam 7:41 AM) di kaunter 1. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.

Nombor N0010 dipanggil ke Triage 1B. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (137/84). Juga mencatat berat saya 51 gram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).

Nombor N0010 dipanggil ke Bilik 9(C) berjumpa doktor. Dia melihat laporan pemeriksaan kesihatan yang lepas di dalam komputer. Saya menunjukkan bacaan tekanan darah yang diperiksa di rumah (Home BP Monitoring) yang ditulis ke dalam buku berwarna hijau. Di rumah, saya menggunakan alat jenis miivio (JD-719) untuk Monitor Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor). Digital Automatik (Automatic Digital).

Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 20mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 0220. Ambil Perindopril 1 biji 1 kali sehari sebelum sarapan pagi (sebelum sahur) dan Amlodipine 1 biji 1 kali sehari selepas sarapan pagi (selepas sahur). Ambil Atorvastatin 2 biji 1 kali sehari sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada jam 8:45 AM.

Saya mendapatkan kereta dan memandunya ke pulang ke rumah TJ.

Isnin, 3 Mac 2025

HCTM UKM 03.03.2025

Kuala Lumpur, 03/03/2025 (Isnin) - Pagi tadi, saya dan anak ketiga telah dihantar oleh pemandu kereta sewa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 10:00 AM. Janji temu untuk saya. Anak ketiga pula ada surat rujukan daripada pihak klinik swasta bagi pemeriksaan kesihatan matanya. Saya mengisi Borang Maklumat Pesakit anak untuk diserahkan ke Kaunter B. Dia mendapat nombor 1026 (jam 9:43 AM).

Kami menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9053 (jam 9:47 AM)Nombor 9053 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Selepas saya, nama anak pula dipanggil ke Bilik 24 untuk melakukan perkara yang sama. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C. Saya ke Bilik 32 tidak menggunakan nombor giliran. Saya diperiksa tekanan darah (142/96). Diperiksa bacaan gula dalam darah (5.4) melalui jari di tangan kiri saya. PR 91. Sementara itu, jururawat menyuruh anak menunggu di kerusi bahagian luar menanti nombor giliran dipanggil.

Nama saya dipanggil ke Bilik 6 oleh Dr Wong Kah Hie dan diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Tekanan mata kiri saya 14 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 15 mmhg.

Berehat sebentar. Nama saya dipanggil ke Bilik 7 oleh doktor yang sama dan diperiksa lagi mata saya menggunakan Slit Lamp. Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina) turut memeriksa mata saya.

Saya diberi Sijil Cuti Sakit. Janji temu seterusnya ditulis oleh Dr Wong Kah Hie ke dalam Kad Janji Temu dan disahkan di Kaunter A.

Saya mendapatkan empat jenis ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1418. Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.

Nombor 1026 dipanggil ke Bilik 1 iaitu Bilik Kecemasan Mata. Anak diperiksa matanya oleh Dr Mun Yen Yin menggunakan Slit Lamp. Matanya diberi rawatan. Anak diberi Sijil Cuti Sakit. Janji temu seterusnya ditulis oleh doktor ke dalam Kad Janji Temu dan disahkan di Kaunter A.

Saya mendapatkan dua jenis ubat untuk anak secara percuma di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1515 dan dua jenis ubat untuknya yang dikenakan bayaran di Farmasi SF HTCM di tingkat G dengan nombor giliran 1401.

Singgah ke Surau Ibnu Sina (Surau Jumaat) di tingkat 1 sebelum turun ke Lobi Utama untuk bergerak pulang. Tepat jam 4:00 petang keluar dari bangunan HCTM dan menaiki kereta isteri yang baru sahaja sampai menjemput kami.

Sabtu, 1 Mac 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 02.2025

Putrajaya, 01/03/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di hotel The Everly pada hari pertama bulan Mac 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Februari tahun 2025.

01/02/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 bermalam di lokasinya.

02/02/2025 (Ahad) malam Isnin, 03/02/2025 (Isnin) malam Selasa dan 04/02/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

05/02/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

06/02/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

07/02/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

08/02/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

09/02/2025 (Ahad) malam Isnin dan 10/02/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

11/02/2025 (Selasa) malam Rabu, 12/02/2025 (Rabu) malam Khamis, 13/02/2025 (Khamis) malam Jumaat dan 14/02/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

15/02/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

16/02/2025 (Ahad) malam Isnin, 17/02/2025 (Isnin) malam Selasa, 18/02/2025 (Selasa) malam Rabu, 19/02/2025 (Rabu) malam Khamis dan 20/02/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

21/02/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 22/02/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

23/02/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

24/02/2025 (Isnin) malam Selasa, 25/02/2025 (Selasa) malam Rabu, 26/02/2025 (Rabu) malam Khamis dan 27/02/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

28/02/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di hotel The Everly (bilik 515).

Jumaat, 28 Februari 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) Februari 2025

Kajang, 28/02/2025 (Jumaat) - Saya sedang berada di rumah SI. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/02/2025 (RM438.00) dan (RM401.00).
02/02/2025 (RM436.00) dan (RM400.00).
03/02/2025 (RM436.00) dan (RM400.00).
04/02/2025 (RM441.00) dan (RM405.00).
05/02/2025 (RM440.00) dan (RM403.00).
06/02/2025 (RM444.00) dan (RM408.00).
07/02/2025 (RM441.00) dan (RM405.00).
08/02/2025 (RM447.00) dan (RM410.00).
09/02/2025 (RM444.00) dan (RM407.00).
10/02/2025 (RM444.00) dan (RM407.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/02/2025 (RM454.00) dan (RM416.00).
12/02/2025 (RM453.00) dan (RM416.00).
13/02/2025 (RM452.00) dan (RM414.00).
14/02/2025 (RM455.00) dan (RM417.00).
15/02/2025 (RM450.00) dan (RM413.00).
16/02/2025 (RM446.00) dan (RM409.00).
17/02/2025 (RM446.00) dan (RM409.00).
18/02/2025 (RM448.00) dan (RM411.00).
19/02/2025 (RM455.00) dan (RM417.00).
20/02/2025 (RM455.00) dan (RM417.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/02/2025 (RM454.00) dan (RM417.00).
22/02/2025 (RM452.00) dan (RM415.00).
23/02/2025 (RM453.00) dan (RM416.00).
24/02/2025 (RM453.00) dan (RM416.00).
25/02/2025 (RM452.00) dan (RM415.00).
26/02/2025 (RM449.00) dan (RM411.00).
27/02/2025 (RM450.00) dan (RM413.00).
28/02/2025 (RM446.00) dan (RM409.00).

Khamis, 27 Februari 2025

Nasihat Untuk Pesakit Darah Tinggi

Jom kita buat pemeriksaan kesihatan. Nasihat untuk pesakit darah tinggi. Ubat hendaklah dimakan mengikut arahan.

Kurangkan makanan bergaram. Jangan menambah garam ke dalam makanan yang sudah dimasak. Kurangkan makanan laut seperti udang, ketam dan kerang. Kurangkan makan daging lembu atau kambing. Boleh makan ayam yang dibuang kulit dan lemaknya. Putih telur boleh dimakan. Kurangkan makanan bersantan dan berlemak seperti minyak sapi atau mentega. Ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimakan sesuka hati. Banyakkan masak rebusan dan kukusan. Kurangkan memasak makanan yang menggunakan banyak minyak atau lemak seperti menggoreng dengan minyak yang banyak. Banyakkan minum air tetapi kurangkan minuman bergas dan elakkan minum minuman keras (haram diminum oleh orang Islam).

Tidur dan rehat yang cukup. Elakkan daripada stres (keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental dan fizikal). Boleh bersenam setiap hari tetapi senaman ringan sahaja.

Jangan merokok dan minum minuman keras (diharamkan untuk orang Islam). Orang bukan Islam juga diminta berhenti daripada merokok dan minum minuman keras kerana ia membahayakan kesihatan.

Kerja ringan boleh dibuat seperti berkebun dan bercucuk tanam pada masa lapang.

Datang semula ke hospital sekiranya berasa pening, sakit kepala, lemah-lemah anggota atau susah bernafas.

Datang semula ke klinik mengikut tarikh yang ditetapkan di dalam kad atau buku janji temu. Boleh menelefon klinik sekiranya ada masalah dan tentukan bekalan ubat.

Rabu, 26 Februari 2025

Klinik Kesihatan 26.02.2025

Kajang, 26/02/2025 (Rabu) - Jam 7:17 pagi, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Proton Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris.

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0012A (jam 7:39 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0012A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0014 (jam 7:50 AM) di kaunter 4. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.

Nombor N0014 dipanggil ke Triage 1A. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (170/102). Juga mencatat berat saya 55 gram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).

Nombor N0014 dipanggil ke Bilik 11(B) berjumpa doktor. Dia memberikan laporan pemeriksaan kesihatan enam hari lepas berdasarkan pengambilan darah. Saya memberikan memo kepada doktor iaitu surat rujukan daripada HCTM UKM (we are planning to do his eyes operation under the GA at HUKM, his BP remains high during his last two visits with our clinic, kindly do the needed to lower his BP so patient can be fit for surgery).

Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 20mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 0037. Ambil Perindopril 1 biji 1 kali sehari sebelum sarapan pagi (sebelum sahur) dan Amlodipine 1 biji 1 kali sehari selepas sarapan pagi (selepas sahur). Ambil Atorvastatin 2 biji 1 kali sehari sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada jam 9:10 AM.

Saya membungkus makanan yang dibeli di gerai Enal Mahadi bin Syamsudin di sebelah KKK. Saya mendapatkan kereta dan memandunya ke Petronas Jalan Semenyih. Isi petrol dan pulang ke rumah TJ.

Khamis, 20 Februari 2025

Klinik Kesihatan 20.02.2025

Kajang, 20/02/2025 (Khamis) - Pagi ini, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Perodua Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Sebelum jam 7:00 AM sudah ada orang berbaris.

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0015L (jam 7:37 AM). Lokasi yang dicatat ialah Lab Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian luar. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor LA0012 (jam 7:49 AM). Saya masuk ke bahagian dalam dan menunggu nombor dipanggil. Nama servis ialah Lab Service. Lokasi yang dicatat ialah Bilik 20 (Venipuncture OPD).

Nombor saya dipanggil ke Bilik 20 iaitu Bilik Pengambilan Darah. Menunggu giliran di dalam bilik tersebut. Darah saya diambil dari pelipat tangan kiri. Saya menghantar darah itu ke Kaunter 7. Urusan selesai pada jam 8:20 AM.

Saya mendapatkan kereta dan memandunya ke gerai Hamida binti Halim di TJ sebelum pulang ke rumah TJ.

Sabtu, 15 Februari 2025

Muat Turun Bahan Bahasa Arab 2025

Kajang, 15/02/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ ketika menerbitkan artikel ini kerana sekolah-sekolah di negeri Selangor dan seluruh negara Malaysia masih bercuti pada hari ini (Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025). Persekolahan Penggal 1 Sesi 2025/2026 bagi negeri-negeri kumpulan A akan bermula pada hari Ahad, 16 Februari 2025 dan bagi negeri-negeri kumpulan B akan bermula pada hari Isnin, 17 Februari 2025. Saya meletakkan bahan-bahan Muat Turun Bahasa Arab 2025 di ruang catatan ini supaya ia berkekalan jika tiada apa-apa masalah.

Anda dibenarkan untuk memuat turun bahan-bahan yang ada di laman blog ini. Buat suntingan selepas dimuat turun mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Bahan-bahan tersebut ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), Borang Rekod Pentaksiran (BRP), Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH), Buku Teks dan lain-lain.

Bahasa Arab Tahun Satu 2025:

DSKP di https://drive.google.com/file/d/0BzyAS-rxUc-eTjRpcm9IVWhJMVk/view
Buku Teks (Tahun 1 Digunakan Mulai 2017) di https://online.anyflip.com/gcfss/gwlu/mobile

Bahasa Arab Tahun Dua 2025:
Buku Teks (Tahun 2 Digunakan Mulai 2018) di https://online.anyflip.com/gcfss/hnvx/mobile

Bahasa Arab Tahun Tiga 2025:
Buku Teks (Tahun 3 Digunakan Mulai 2019) di https://online.anyflip.com/gcfss/lgpz/mobile

Bahasa Arab Tahun Empat 2025:
Buku Teks (Tahun 4 Digunakan Mulai 2020) di https://online.anyflip.com/gcfss/ofkw/mobile

Bahasa Arab Tahun Lima 2025:
Buku Teks (Tahun 5 Digunakan Mulai 2021) di https://online.anyflip.com/gcfss/nmhs/mobile

Bahasa Arab Tahun Enam 2025:
Buku Teks (Tahun 6 Digunakan Mulai 2022) di https://online.anyflip.com/lpeud/jmpd/mobile

Ahad, 9 Februari 2025

Kelisa 1.0 SE dan Axia 1.0 G

Kajang, 09/02/2025 (Ahad) - Perodua Axia 1.0 G berwarna Granite Grey telah diambil hari ini menggantikan Perodua Kelisa 1.0 SE (22/12/2006 hingga 31/01/2025). Maksudnya dijual Kelisa atas nama J dan dibeli Axia atas nama L.

Saya, isteri dan anak-anak yang menaiki Proton Exora 1.6 M-Line (2011) datang dari arah Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) terus ke kedai Perodua di Kajang. Kami membuat urusan pengambilan kereta.

Saya memandu Perodua Axia 1.0 G (2025) dengan beberapa orang anak sebagai penumpang. Perodua Bezza 1.0 X (2022) ada di rumah yang terletak di Kajang juga.

Proton Axia 1.0 G dikuasakan oleh enjin tiga selinder yang mampu menghasilkan 67 hp (horse power) 91 Nm (Nanometer) tork yang digandingkan bersama transmisi empat kelajuan (gear automatik). Ia menggunakan minyak petrol, inline dan 4 valve DOHC (Double OverHead Camshaft) iaitu Aci Sesondol Atas Kepala Berganda.

Proton Axia 1.0 G memiliki roda 14 inci (alloy). Aloi ialah logam yang merupakan gabungan dua logam atau lebih (seperti gangsa, loyang dan lain-lain) atau satu logam dengan bahan bukan logam (seperti keluli). Tayarnya menggunakan 175/65 R14 dan tayar jejarian (radial tyre).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.