
Aqidah adalah satu yang tidak berubah. Semua rasul membawa aqidah yang sama, iaitu sembahlah Allah yang Maha Esa dan Dia jangan dipersekutukan dengan apa pun juga. Demikian juga cabang-cabang keimanan yang lain seperti keimanan tentang para rasul, para malaikat, kitab-kitab, hari kiamat dan taqdir. Ada pun syariat berbeza-beza antara satu rasul dengan rasul yang lain kerana Allah yang Maha Adil menyesuaikan syariat amalan suatu umat dengan kondisi umat berkenaan.