Sabtu, 11 Julai 2009

Kem Bestari Solat Kali Ke-3, Tahun 2009

Cheras, 11/07/2009 - Bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, telah diadakan Kem Bestari Solat (KBS) Kali Ke-3 untuk tahun ini. Ia melibatkan murid-murid Pendidikan Islam Tahun 1 hingga 5. Dua hari lepas, saya sebagai penyelaras telah memberi taklimat pelaksanaan KBS kepada semua guru yang hadir pada hari tersebut. Ia turut dihadiri oleh semua pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Terima kasih diucapkan.

Pelaksanaan KBS hari ini memang mengikut perancangan kerana telah termaktub di dalam takwim sekolah. Pihak penyelaras mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada program ini. Juga diucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah menjadi fasilitator termasuk guru-guru pelatih yang menjalani praktikum di sekolah ini.

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF (Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in) yang wajib dilaksanakan. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru Pendidikan Islam.

Aspek solat ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam (PI). Guru Pendidikan Islam (GPI) program j-QAF bersama dengan GPI sedia ada akan menggunakan sebahagian daripada waktu PI untuk menerap dan mengukuhkan aspek solat kepada murid-murid secara mingguan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.