Sabtu, 4 Julai 2009

Majlis BBQ Bersama Jiran-jiran

Kajang, 04/07/2009 - Penduduk-penduduk di Jalan 3/4 berkumpul di bawah khemah yang dipasang di atas jalan di hadapan deretan rumah kami. 3 hari lepas, kami telah berbincang untuk mengadakan satu majlis bagi mengeratkan silatur rahim bagi penghuni-penghuni di Jalan 3/4 ini.

Pada malam ini, apa yang telah kami rancangkan telah berjaya dilaksanakan. Majlis ramah mesra tersebut dihadiri oleh ahli-ahli keluarga penghuni di sini. Di samping itu juga, kami menjemput wakil-wakil dari jalan yang berhampiran di fasa IXORA ini. Sebelum maghrib, kami telah bersiap-siap serba sedikit dengan memasang api di tempat untuk membakar lauk-lauk BBQ. Ada ikan, ayam dan daging. Yang istimewanya daging tersebut ialah daging kambing.

Selepas solat Maghrib, kami telah mula membakar lauk-lauk itu di atas tempat pembakar yang menggunakan arang. Selepas lauk-lauk sebahagiannya telah masak, majlis pun dimulakan. Saya diminta membacakan doa'. Saya pun mulakan dengan ucapan salam, bacaan surah al-fatihah dan berdoa'. Majlis diteruskan dengan sedikit ucapan daripada Penolong Pengerusi Wakil Penduduk Fasa IXORA, Impian Murni. Beliau juga tinggal di Jalan 3/4. Para hadirin dipersilakan menjamu selera. Aktiviti BBQ diteruskan sambil makan dan minum. Nampaknya ramai yang meminati daging kambing bakar termasuk kanak-kanak. Lain-lain juadah, kami bawa dari rumah masing-masing.

Dengan adanya majlis seperti ini, diharapkan kami yang berjiran dapat menjadikan ia sebagai salah satu cara untuk bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu. Juga boleh merapatkan lagi hubungan baik sesama jiran sama ada yang telah berkenalan sebelum ini atau yang baru berkenalan sebentar tadi. Pada masa akan datang, saya dan kawan-kawan merancang untuk mangadakan majlis lebih besar yang melibatkan semua penduduk di fasa IXORA, Impian Murni ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.