Rabu, 27 Oktober 2010

Kem Pemantapan Aqil Baligh Siri 1

Sepang, 27/10/2010 – Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek (SKSP) telah mengadakan program rintis Kem Pemantapan Aqil Baligh 2010 bagi murid-murid Tahun 6 di SKSP. Saya bersama beberapa orang rakan daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal Modul Persediaan Awal Remaja buat pertama kalinya menjalankan aktiviti kem secara praktikal di sini.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Ustaz Fathony bin Hussin, Penyelia j-QAF, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Pengisian kem dimulakan dengan slot Aqidah. Saya dan rakan-rakan jurulatih mengendalikan kem ini dengan dibantu oleh guru-guru lain. Kami sebagai jurulatih yang juga penggubal modul kem ini bertindak sebagai penceramah. Ustaz Haji Shopuan bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor turut hadir untuk melihat perjalanan kem yang pertama ini.

Saya membentangkan tajuk Aqidah berkenaan ‘Berimankah Aku?’ Saya menggunakan komputer riba persendirian yang disambungkan kepada projektor sekolah dan dipancarkan ke skrin besar. Ia dimulakan dengan tayangan video nasyid al-Asma’ al-Husna, 99 nama Allah. Saya menjelaskan maksud ar-Rahman dan ar-Rahim dengan bantuan video nasyid Senandung al-Fatihah. Juga mengaitkannya dengan 6 rukun Iman. Murid-murid melafazkan nama-nama nabi dan rasul dengan bantuan nasyid. Mereka mendengar kisah Nabi Ibrahim a.s. yang mencari penciptanya berdasarkan Surah al-An’am: Ayat 76, 77 dan 78. Juga membantu mereka memahami kepentingan dua kalimah syahadah. Ia ditutup dengan permainan “puzzle”.

Perjalanan pulang saya dari SKSP, Sepang ke rumah di Kajang ialah kira-kira 53 kilometer. Keluar dari SKSP terus ke Pekan Sepang. Meneruskan perjalanan melalui Pekan Salak, Salak Tinggi dan Kampung Jenderam Hulu. Masuk ke Jalan Kajang Dengkil, menyusuri Jalan Bangi dan Jalan Reko. Melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras dan Saujana Impian. Akhirnya saya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.