Dakwah Islam telah berkembang dengan pesat kerana ia telah dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. Tugas menyampaikan seruan Islam merupakan kewajipan setiap orang Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak berdaya, maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya. Jika dia tidak berdaya, maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman. (Riwayat al-Bukhari).
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh berbuat kebaikan (perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah) serta mencegah daripada segala yang salah (perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah). Merekalah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: Ayat 104).
Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (Surah Fussilat: Ayat 33).
Tanggungjawab berdakwah hendaklah dilaksanakan secara individu atau berjemaah.