Jika di Sekolah Kebangsaan cuma ada peperiksaan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris tetapi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), murid-muridnya perlu menduduki peperiksaan untuk dua lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah mempunyai banyak mata pelajaran dan mengambil masa yang panjang tetapi peperiksaan UPSR cuma mengambil masa tiga hari sahaja untuk semua mata pelajaran yang diambil.