JAWAPAN: Sememangnya anak ialah permata hati idaman bagi setiap pasangan dan merupakan satu nikmat besar daripada Allah Yang Maha Penyayang. Pasangan yang belum memiliki anak seperti saudara perlu banyak bersabar serta terus gigih berusaha untuk mendapatkannya.
Tidak ada satu petua khusus dalam Islam untuk mendapat anak. Namun saudara boleh melakukan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada seseorang daripada golongan Ansar.
Tatkala dia datang menemui Baginda, beliau lantas berkata: Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan anak dan tidak mempunyai anak.
Maka jawab Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila engkau mahu memperbanyakkan istighfar dan sedekah, maka engkau akan dikurniakan anak.
Lalu sahabat Ansar ini telah memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan hadis ini berkata: Kemudian, lelaki Ansar ini dikurniakan sembilan orang anak lelaki. (Musnad Abi Hanifah, hadis nombor 12).
SUMBER: al-Ustaz. Isu No. 02. Tahun 2012.