Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.
Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke beberapa buah restoran makanan Arab di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Kajang.
Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga singgah makan di Restoran Sultan Hadramawt. Saya mendapat maklumat berkenaan restoran ini melalui internet dan mengetahui kewujudannya melalui papan tanda yang terletak di tepi Lebuhraya Kajang SILK (E18).
Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Sultan Hadramawt di Kajang, alamatnya ialah:
Jalan Besar,
Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,
Selangor.
Setelah makan dan minum, saya memandu kenderaan membawa isteri serta tiga orang anak kami meninggalkan Restoran Sultan Hadramawt. Dalam perjalanan pulang ke rumah di Kajang, saya singgah ke kedai terlebih dahulu. Kami tiba di rumah sebelum azan Maghrib.