Ceramah untuk slot pertama bertajuk Keselamatan dan Ancaman Internet Masa Kini. Manakala, ceramah untuk slot kedua pula bertajuk Keselamatan Komputer.
CYBERSAFE merupakan garis panduan keselamatan siber nasional di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atau “Ministry of Science, Technology and Innovation”.
Bengkel CYBERSAFE ini ialah anjuran PPD Hulu Langat dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Hulu Langat. Pihak PPD dan PKG bekerjasama menjemput pihak BTPN bagi menjayakan bengkel ini untuk guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah dalam daerah Hulu Langat.
Matlamat diadakan bengkel ini ialah untuk membantu menaikkan keselamatan siber dan amalan terbaik. Memberi pengalaman kepada guru dalam menggunakan internet dan pematuhan aspek keselamatan. Menggunakan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau “Information and Communications Technology” sekolah dalam memastikan keselamatan data maklumat organisasi. Memudahkan mengambil tindakan susulan kecemasan siber dipelbagai peringkat organisasi.
Apabila program bengkel dan ceramah tamat, saya serta rakan-rakan makan tengah hari terlebih dahulu sebelum beredar meninggalkan PPD Hulu Langat.