Sabtu, 6 Oktober 2012

Radix Fried Chicken, Bangi

Bandar Baru Bangi, 06/10/2012 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami pergi membeli barang-barang keperluan di sebuah pasaraya. Selepas itu, kami pergi ke restoran Radix Fried Chicken (RFC). Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga singgah makan di RFC Bangi. Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke RFC Ayer Keroh, Melaka.

RFC Bangi baru dibuka pada tahun 2012 ini. Kami telah masuk ke restoran makanan segera ini kira-kira jam 1:15 petang tadi. Kemudian, kami memesan menu Nasi Herba, Nasi Ayam, Kentang Goreng dan bersama nasi-nasi tersebut disertakan dengan sup, sos, ulam dan Ayam Goreng Radix. Menu air pula ialah minuman berkarbonat yang berperisa kola, strawberi dan anggur. Kemudahan seperti surau ada disediakan di sini. Kami sempat solat Zohor terlebih dahulu sebelum beredar dari sini.

Sesiapa yang ingin singgah ke Radix Fried Chicken di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
A-02-G & A-02-01,
Jalan Medan Pusat Bandar 5,
Medan Pusat Bandar,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

RFC yang sebelum ini milik Herba Penawar Alwahida (HPA) Industries Sdn Bhd, diambil alih oleh Darul Rahmat Sdn Bhd. Walau pun begitu, HPA tetap menjadi pembekal bahan mentah seperti ayam organik kepada restoran RFC yang menjadi pilihan kepada pengguna-pengguna Muslim.

"Organic - Fresh - Healthy".

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.