Pada suku pertama tahun 2012, Android telah menggandakan jualannya sebanyak 50 peratus mengatasi pesaing terdekatnya iaitu iOS. Samsung lebih bijak mencelah dalam persaingan antara Android dan iOS. Ketika itu, Samsung berada di tangga pertama, menguasai 20.7 peratus jualan mobil seluruh dunia. Ini diikuti oleh Nokia dan Apple. Samsung telah berganti tempat dengan Nokia. Ingat Samsung, pastinya Android dan ingat Apple, tentunya iOS.
Model GT-I8150 merujuk kepada Samsung Galaxy W. Huruf W bermaksud “Wonder”. Ia memiliki skrin berukuran 3.7 inci (400x800 pixel) dan dipasang dengan Android 2.3, Gingerbread. Juga memiliki pemproses satu teras (single core) berkelajuan 1.4GHz disokong RAM 512MB dan kamera belakang dengan lensa 5MP. Harga pasaran ketika ia mula dijual di Malaysia ialah RM999.00 sahaja.
Model GT-S5360 pula merujuk kepada Samsung Galaxy Y. Huruf Y bermaksud “Young”. Ia memiliki skrin berukuran 3.0 inci (240x320 pixel) dan dipasang dengan Android 2.3, Gingerbread. Cuma memiliki pemproses satu teras (single core) berkelajuan 832MHz disokong RAM 384MB dan kamera belakang dengan lensa 2MP. Harga pasaran ketika ia mula dijual di Malaysia ialah RM499.00 sahaja.