Selasa, 3 September 2013

Kursus Orientasi DSKP Jurulatih Utama Bahasa Arab 2013

Ipoh, 03/09/2013 – Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Tower Regency Hotel & Apartments, 6-8, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menghadiri Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Jurulatih Utama (JU) bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 (2014).

Kursus Orientasi DSKP untuk JU kali ini melibatkan mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Semai bagi Zon Tengah. Peserta-peserta kursus yang terlibat terdiri daripada guru-guru dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 13. Kursus bagi mata pelajaran Bahasa Arab di bilik Regency 4 diadakan pada 2 dan 3 September. Minum petang, minum malam dan minum pagi di luar bilik kursus iaitu berhadapan dengan Regency 4. Makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari pula di Café@6. Saya dan rakan-rakan telah berada di sini kira-kira 2 hari 1 malam untuk kursus kali ini. Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan bilik hotel pada hari ini ialah Slot DSKP Bahasa Arab Tahun 4 dan Borang Pelaporan.

Perjalanan pulang saya bersama Ustaz Faizol bin Badrol (JU Pendidikan Islam) dari Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh ke rumah saya di Kajang ialah kira-kira 234 kilometer. Saya memandu kereta merentasi bandar raya Ipoh. Kemudian melalui Lebuhraya Utara Selatan (E1), Jalan Duta, Jalan Damansara, Jalan Istana, Lebuhraya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur (E37) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E1 masuk melalui Plaza Tol Simpang Pulai dan keluar melalui Plaza Tol Jalan Duta (RM24.80). Di E37 tidak melalui plaza tol dan E7 melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang tadi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.