Isnin, 23 September 2013

Kursus Penyebaran DSKP Bahasa Arab 2013

Shah Alam, 23/09/2013 – Saya sebagai Jurulatih Utama (JU) Bahasa Arab dari daerah Hulu Langat telah dilantik oleh Sektor Pedidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor sebagai penceramah bagi mengendalikan Kursus Penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2013 Bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 Pelaksanaan Sesi 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Jalan SP 2/10, Subang Perdana.

Kursus dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana diadakan pada hari ini di sekolah ini. Saya (Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa) dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri dan rakan-rakan JU, Ustazah Khiryani binti Hamdi dari Sekolah Kebangsaan Serdang serta Ustazah Mas Idayu binti Mosman dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 berada di sini untuk mengendalikan Kursus Penyebaran DSKP yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 (2014). Kursus diadakan dari pagi hingga ke petang.

Perjalanan pulang saya dari Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Shah Alam ke rumah saya di Kajang ialah kira-kira 45 kilometer. Saya memandu kereta merentasi Subang Perdana. Kemudian melalui Jalan Lapangan Terbang Subang Lama, Jalan Lapangan Terbang Subang Baru, Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur (E37) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E7 melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Di Kajang pada hari esok (24 September 2013) pula, saya akan mengendalikan Kursus Penyebaran DSKP Peringkat Daerah Hulu Langat 2013 Bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 Pelaksanaan Sesi 2014 bertempat di Blok C, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL), Saujana Impian.

Kursus dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, PPDHL. Saya dan rakan JU yang lain akan berada di sana untuk mengendalikan Kursus Penyebaran DSKP yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 (2014). Kursus hari esok juga akan diadakan dari pagi hingga ke petang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.