Selasa, 1 Oktober 2013

Uhibbu Dhuha

Album Uhibbu Dhuha dalam bentuk cakera padat - audio digital (compact disc – digital audio) telah diterbitkan oleh Nile Production. Kumpulan Dhuha dianggotai oleh tujuh orang adik-beradik iaitu Nusaiybah, Nasihah, Rumman, Zaidan, Ajwah, Hamied Kishk dan Naja. Penerbit Eksekutif album ini ialah ibu bapa mereka sendiri iaitu Ustaz Shazly bin Abdullah dan Puan Aidahaniza binti Abdul Wahab.

Uhibbu Dhuha sesuai untuk pelajar-pelajar dan guru-guru bagi sukatan j-QAF (Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in) yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelajar-pelajar atau murid-murid boleh menyanyi sambil belajar Bahasa Arab. Album ini memuatkan 19 senarai laluan. 1-Intro. 2-Sekolahku, Sayangku. 3-Sekolahku, Sekolahku. 4-Apa Nama Kamu? Namaku Ahmad. 5-Pakaianku, Pakaianku. 6-Di Dalam Kelas Kami Belajar. 7-Saya di Tahun Dua. 8-Mari Kita Bermain. 9-Kantin Dekat. 10-Jika Kamu Sukakan Bola. 11-Ayuh! Silakan ke Rumahku. 12-Selamat Datang ke Rumahku. 13-Ini Bapaku, Ini Ibuku. 14-Kami Berjalan ke Gedung Membeli Belah. 15- Alangkah Cantiknya Ciptaan Allah. 16- Saya Ada Sepasang Mata. 17-Dengan Mata Aku Melihat. 18-Sehingga Bertemu Kembali. 19-Penutup. 

Nile Production merupakan penerbit, pengurus artis dan pengedar bagi album Uhibbu Dhuha. Alamatnya ialah:
37, Jalan Tepak 11/8, Seksyen 11,
40000 Shah Alam, Selangor.

Cuti Umum Sempena Hari Malaysia pada hari Isnin, 16 September 2013 yang lalu, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Shah Alam. Saya telah mendapatkan album ini dengan membelinya daripada kedai buku Marwilis. Alamatnya ialah:
Lot G-60A, Tingkat Bawah,
Kompleks PKNS,
40000 Shah Alam, Selangor.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.