Jumaat, 11 Oktober 2013

Kursus Kejurulatihan Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam 2013

Kuala Selangor, 11/10/2013 – Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Kem Mega Crystal, Yayasan Selangor, Jalan Tanjung Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013.

Kursus Kejurulatihan Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam kohort ketiga ini melibatkan guru-guru sekolah rendah dan menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia dari negeri Selangor.

Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di Blok B. Kem ini terletak di pekan lama Kuala Selangor yang terkenal dengan kawasan sejarahnya berhadapan dengan Bukit Malawati dan di tepi Sungai Selangor. Saya dan rakan-rakan telah berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk kursus kali ini. Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan kem pada hari ini ialah Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Tuan Haji Shopuan Anuar bin Haji Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor.

Perjalanan pulang saya dari Kem Mega Crystal, Kuala Selangor ke rumah di Kajang ialah kira-kira 91 kilometer. Saya memandu kereta merentasi pekan Kuala Selangor. Kemudian melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (E25), Lebuhraya Utara Selatan (E1), Jalan Duta, Jalan Damansara, Jalan Istana, Lebuhraya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur (E37) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E25 melalui Plaza Tol Ijok (RM2.00) dan Plaza Tol Kuang Timur (RM2.00). Di E1 masuk melalui Plaza Tol Rawang Selatan dan keluar melalui Plaza Tol Jalan Duta (RM2.90). Di E37 tidak melalui plaza tol dan E7 melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.