Jumaat, 10 Januari 2014

Restoran Hadramawt City, Sungai Ramal

Kajang, 10/01/2014 – Saya pergi ke Sungai Ramal selepas berada di Kuala Lumpur kerana membuat beberapa urusan. Bertolak dari Kuala Lumpur ke Kajang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban dan Lebuhraya Utara Selatan (E2). Saya memandu kereta masuk ke E2 melalui Plaza Tol Sungai Besi dan keluar melalui Plaza Tol Kajang (RM1.80). Berhenti di sebuah restoran makanan Arab iaitu Restoran Hadramawt City.

Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.

Bulan Disember 2013 yang lepas, saya, isteri dan tiga orang anak kami sebenarnya telah pergi makan malam di restoran ini. Petang tadi, saya pergi sekali lagi dan memesan makanan tetapi tidak makan di sini.

Di restoran tadi, saya memesan menu Madhghut Kambing (Lamb Madhghut) yang bermaksud Nasi Tekanan Berlauk Kambing. Menu yang saya pesan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. RM30.00 untuk dua bungkus Madhghut Kambing. Makanan yang dibungkus saya bawa pulang ke rumah untuk makan malam bersama keluarga di rumah.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Hadramawt City di Kajang, alamatnya ialah:
No 1, Jalan Ramal 1/1,
Taman Ramal Indah,
Sungai Ramal,
43000 Kajang,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Hadramawt City bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah saya ialah kira-kira 11 kilometer sahaja. Saya memandu kereta di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.00), E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang tadi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.