Sabtu, 1 Februari 2014

Awal Februari 2014

Kuala Lipis, 01/02/2014 – Waktu Subuh di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular telah masuk pada jam 6:08 pagi. RTP Sungai Ular terletak berhampiran dengan Felda Sungai Koyan. Cuaca pagi ini ialah kira-kira 17 darjah celsius. Suasana di kampung pada waktu Subuh begini memang sejuk seperti ini. Waktu Syuruk hari ini pula ialah pada jam 7:28 pagi.

Saya memandu kenderaan membawa isteri dan tiga orang anak kami pergi ke pekan Kuala Lipis. Hari ini ada Pekan Sehari di sini. Kami membeli barang-barang keperluan dan barang-barang lain. Paling penting, saya sempat membeli tiga ekor Ikan Patin sangkar dari Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Emak saya memang mahir dalam masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ia memenuhi cita rasa saya sejak dahulu lagi.

Waktu Zohor di daerah Lipis telah masuk pada jam 1:28 petang. Kami masih berada di dalam kenderaan dalam perjalanan menuju pulang ke rumah emak saya di RTP Sungai Ular. Jarak perjalanan dari pekan Kuala Lipis ke rumah emak saya di RTP Sungai Ular ialah kira-kira 29 kilometer sahaja.

Pekan Kuala Lipis terletak di Pahang Barat. Walaupun RTP Sungai Ular terletak dalam daerah Lipis tetapi kawasannya terletak di Parlimen Cameron Highlands (P078) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai (N02). Ini berdasarkan sempadan kawasan Parlimen dan DUN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada hari Ahad, 5 Mei 2013 iaitu pilihan raya terkini setakat ini.

Waktu Asar di RTP Sungai Ular telah masuk pada jam 4:50 petang. Cuaca panas pada petang ini menjangkau kira-kira 31 darjah celsius. Ia akan kembali sejuk pada waktu malam ini hingga pagi esok.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.