Ahad, 9 Februari 2014

Aktiviti Taekwondo di Sekolah

Kajang, 09/02/2014 – Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Koryo Taekwondo Academy (TM/ WTF) telah mengadakan kelas Taekwondo kali keempat pada tahun ini. TM ialah Taekwondo Malaysia dan WTF ialah World Taekwondo Federation.

Kebanyakan peserta yang terlibat dalam kelas ini ialah murid-murid atau pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian.

Aktiviti diadakan pada siang hari Ahad. Pendaftaran kelas dan latihan pertama telah diadakan pada 12 Januari 2014, latihan kedua pada 19 Januari 2014, latihan ketiga pada 26 Januari 2014 dan latihan keempat pada hari ini, 9 Februari 2014. Latihan seterusnya akan diadakan pada minggu-minggu yang berikutnya. Ia dikira sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Taekwondo atau pun “Tae Kwon Do” merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari negara Korea dan telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Dalam bahasa Korea, “Tae” maksudnya ‘menumbuk’, “Kwon” maksudnya ‘menendang’ dan “Do” maksudnya ‘cara’ atau ‘seni’. Jadi, Taekwondo boleh diterjemahkan secara kasarnya sebagai ‘seni menendang dan menumbuk’.

Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang iaitu putih, kuning, hijau, biru, merah dan hitam yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.

Setiap tali pinggang mempunyai beberapa peringkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Tali pinggang hitam mempunyai 10 peringkat bagi WTF. Peringkat bagi tali pinggang hitam dipanggil “Dan”. Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri.

Di Malaysia terdapat beberapa buah persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa buah persatuan Taekwondo antarabangsa. Antaranya ialah World Taekwondo Federation (WTF), International Taekwondo Federation (ITF) dan Global Taekwondo Federation (GTF).

Perbezaan ketara di antara WTF dengan ITF dan GTF ialah sukatan mata pelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan dan ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia. ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam