Selasa, 18 Februari 2014

Menyangkal Kiamat 2012

Adakah bumi kita pada tahun 2012 akan hancur seperti apa yang diramalkan oleh media barat? Benarkah kiamat 2012 terjadi seperti yang digambarkan di dalam filem 2012?

Ramai penulis, buku-buku dan gambar-gambar yang menggambarkan kejadian yang akan menghancurkan bumi dan seisinya pada 2012. Adakah kita harus mempercayai akan ramalan yang digambarkan tersebut? Sebagai umat Islam, kita tetap meyakini bahawa kiamat pasti akan datang kerana hal tersebut telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Dia daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl: Ayat 1).

Walaupun demikian, kita sebagai makhluk Allah yang beragama Islam tidak dapat meramalkan bilakah akan datangnya hari tersebut sama seperti meramalkan bilakah kita akan mati. Datangnya kiamat hanyalah dengan kuasa dan izin Allah dan hanya Allah yang mengetahuinya:

“Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf: Ayat 187).

Hari kiamat pasti akan terjadi. Buku ini akan memberikan ulasan dan alasan supaya anda tidak cemas dengan tahun 2012 tetapi anda harus cemas menanti hari kiamat yang akan terjadi serta mempersiapkan diri dengan amalan dan ketakwaan terhadap Allah Ta’ala.

Penulis buku ini ialah Muhammad Nizam Abd Razak. Ia telah diterbitkan oleh Kharisma Network Sdn Bhd, diedarkan oleh ar-Risalah Product Sdn Bhd dan grafik/ dicetak oleh Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd. Cetakan Pertama Januari 2010 dan Cetakan Kedua Februari 2010. Harganya RM13.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM15.00 (Sabah/Sarawak).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.