Sabtu, 22 Februari 2014

Bengkel Guru Pembimbing PERMATA Insan 2014

Putra Nilai, 22/02/2014 – Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Hotel Aston, PT 7182, Jalan BBN 1/2E, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat untuk menghadiri Bengkel Guru Pembimbing PERMATA Insan bagi membimbing murid-murid sekolah rendah yang terlibat dengan program PERMATA Insan. Mottonya ialah ‘Menjana Cendekiawan Islam’.

Bengkel Guru Pembimbing kali ini melibatkan Guru-guru Pembimbing dari seluruh Malaysia. Ia dianjurkan oleh Pusat PERMATA Insan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3. Bengkel kali ini diadakan pada 21 dan 22 Februari iaitu kira-kira 2 hari 1 malam.

Hari pertama, saya mendaftar masuk ke bilik hotel selepas solat Jumaat di Kajang. Di bilik Sri Melati, sesi taklimat pembukaan telah disampaikan oleh Dr Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh, Timbalan Pengarah Pusat PERMATA Insan, USIM. Berhenti minum petang dan solat Asar. Ia diteruskan dengan taklimat berkenaan garis panduan kelulusan melakukan pekerjaan luar sebagai tenaga pengajar sambilan dan taklimat “Intelligent Learning Environment” oleh pegawai-pegawai yang lain. Berhenti makan malam di Restoran Citrarasa dan solat Maghrib. Kemudian diteruskan dengan pembentangan Modul Bahasa Inggeris dan Modul Bahasa Arab. Berhenti minum malam, kembali ke bilik hotel untuk berehat dan solat Isyak.

Hari kedua, solat Subuh dan kemudian pergi ke Restoran Citrarasa untuk bersarapan pagi. Di bilik Sri Melati, bengkel diteruskan dengan pembentangan Modul Pintar Qur’an Sunnah, taklimat berkenaan surat tawaran, pelantikan, laporan dan tuntutan elaun. Berhenti rehat dan minum pagi. Selepas itu diteruskan dengan pembentangan Modul Pembangunan Insan dan Majlis Penutup oleh Profesor Datuk Dr Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Pengarah Pusat PERMATA Insan, USIM. Majlis tamat, makan tengah hari di Restoran Citrarasa dan mendaftar keluar dari bilik hotel.

Perjalanan pulang saya dari Hotel Aston, Nilai ke rumah di Kajang ialah kira-kira 33 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Bandar Baru Nilai, Lebuhraya Kajang Seremban (E21) masuk melalui Plaza Tol Pajam dan keluar melalui Plaza Tol Kajang Selatan (RM2.80). Saya meneruskan pemanduan di jalan Pintasan Kajang-Semenyih yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.