Sabtu, 1 Mac 2014

Pertemuan Bersemuka Pelajar PERMATA Insan

Cheras, 01/03/2014 – Hari ini merupakan pertemuan kali pertama saya bersama pelajar-pelajar PERMATA Insan di bawah bimbingan saya.

Pertemuan bersemuka ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor. Beberapa orang murid dari sekolah-sekolah rendah di daerah Hulu Langat telah dipilih dan saya sebagai Guru Pembimbing mereka.

Program PERMATA Insan merupakan kesinambungan Program PERMATA Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diamanatkan untuk mewujudkan Pusat PERMATA Insan dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu aqli dan naqli bermula dari umur 8 tahun. Pada masa ini, Guru Pembimbing untuk pertemuan bersemuka 8 jam sebulan terdiri daripada guru-guru sekolah yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

USIM telah membangunkan empat Modul PERMATA Insan untuk sekolah rendah setakat ini. 1-Modul Pintar Qur’an Sunnah. 2-Modul Bahasa Arab. 3-Modul Pembangunan Insan. 4-Modul Bahasa Inggeris.

Murid-murid sekolah rendah berumur 8 tahun hingga 12 tahun yang menjadi pelajar-pelajar PERMATA Insan dikehendaki menghadiri Kem PERMATA Insan sebanyak dua kali setahun iaitu semasa Cuti Pertengahan Tahun dan Cuti Akhir Tahun. Program Sokongan dan Pengayaan berterusan juga diadakan melalui Guru Pembimbing dan “Online”. Kolej PERMATA Insan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah telah dirancang pembinaannya di USIM.

SKTP pagi tadi terlibat dengan sekolah ganti pada hari Sabtu minggu ini. Oleh sebab itu, saya sebagai Guru Pembimbing telah mengadakan Pertemuan Bersemuka Pelajar PERMATA Insan pada sebelah petang.

Motto PERMATA Insan ialah ‘Menjana Cendekiawan Islam’.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.