Rabu, 9 Julai 2014

Mohamed Zakaria Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga nenek saudara saya yang saya panggil Wan Tam. Semoga roh datuk saudara saya (Aki Tam) mendapat tempat di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Allahyarham Mohamed Zakaria merupakan suami kepada nenek saudara di sebelah arwah abah saya. Salah seorang anak arwah Aki Tam yang saya panggil Mak De Zai telah menghantar mesej dan gambar kemalangan jalan raya melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 12:45 tengah hari pada hari kejadian (Selasa, 8 Julai 2014). Saya cuma dapat membaca mesej, melihat gambar dan membalas mesejnya kira-kira jam 3:00 petang kerana dalam tempoh tersebut saya sedang mengajar di kelas, menghadiri mesyuarat guru serta berada di surau sekolah.

RAUB - Seorang warga emas maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 323 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu sekitar jam 10:00 pagi semalam (Selasa, 8 Julai 2014).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian yang berlaku di Kampung Jeram Besu di sini itu menyebabkan mangsa, Mohamed Zakaria, 86, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal Perodua Myvi diikuti sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam perjalanan dari Raub menuju ke Benta. Setibanya di lokasi, kenderaan dipandu mangsa iaitu Perodua Kelisa yang datang dari Benta ke Raub memasuki laluan bertentangan. Kereta mangsa kemudiannya dipercayai bergesel dengan Perodua Myvi yang berada di jalan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Land Cruiser. Mangsa dikatakan tersepit dalam keretanya dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, bantuan daripada pihak Bomba dan Penyelamat telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa dan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat. Berdasarkan bedah siasat yang dibuat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di kepala selain terdapat kecederaan dalaman kesan daripada pelanggaran terbabit. Pemandu Perodua Myvi dan pemandu Toyota Land Cruiser bersama tiga penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

SUMBER: www.sinarharian.com.my – Rabu, 9 Julai 2014.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.