Ahad, 19 April 2015

Sukan Tahunan Tadika PH @ Karnival Impian Murni 2015

Kajang, 19/04/2015 - Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan hari sukannya yang keenam pada pagi tadi di padang berhampiran Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung dan anak kedua saya pernah belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Sukan tahunan tadika kali ini diadakan bersama dengan Karnival Impian Murni 2015. Karnival dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang, Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2) dan TPH dengan aktiviti menarik, aneka gerai pameran serta jualan dari pagi hingga ke tengah hari tadi. 

Saya, isteri dan tiga orang anak kami bergilir-gilir berada di padang berhampiran Jalan Impian Murni 2 kerana ada aktiviti lain yang kami perlu selesaikan juga. Acara-acara sukan tahunan tadika yang dipertandingkan pada hari ini ialah Teka Haiwan, Nombor Istimewa, Oh, laparnya!, Jom Memancing, Tangkap Haiwan dan Kerusi Muzik. Anak ketiga saya mendapat tempat pertama dalam acara berpasukan Jom Memancing.

Murid-murid dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan. Rantisi (Hijau), Yassin (Kuning) dan Yahya (Merah). Anak saya mewakili Rumah Kuning (Yassin) dan juara keseluruhan sukan tahunan kali ini ialah Rumah Merah (Yahya).

Tahniah diucapkan kepada ISMA Cawangan Kajang, PPJIM2 dan pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya menganjurkan Karnival Impian Murni 2015 serta Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan Kali Ke-6 dengan motto TPH yang berbunyi ‘Membina Generasi Pintar Soleh'.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam