Ahad, 12 April 2015

Program Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Peringkat Kebangsaan 2015

Hulu Langat, 12/04/2015 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Jalan Kampung Sungai Tekali, 43100 Hulu Langat, Selangor. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menjadi jurulatih dan fasilitator bagi Program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2015.

Peserta-peserta SMKA yang terlibat datang dari seluruh Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan Labuan kerana di sana setakat ini belum ada SMKA. Program dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 9, 10, 11 dan 12 April di kem ini. Saya dan rakan-rakan jurulatih/ fasilitator berada di sini kira-kira 4 hari 3 malam untuk mengendalikan program yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4. Jumlah mereka ialah seramai 449 orang peserta. Kami ditempatkan di asrama dan saya berada di Dormitori 1 asrama lelaki. Tema program kali ini ialah 'Menjana Pemimpin Rabbani'.

Majlis perasmian penutupan bermula pagi hingga tengah hari tadi telah disempurnakan oleh Tuan Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut menyampaikan ucapan sebelum itu ialah Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Pengarah Pendidikan Selangor, Jabatan Pendidikan Selangor. Saya memandu kereta petang ini meninggalkan Pusat Kokurikulum Negeri Selangor di Hulu Langat dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah ialah kira-kira 27 kilometer sahaja.

Saya memandu kereta melalui Jalan Kampung Sungai Tekali, Jalan Sungai Tekali, Jalan Hulu Langat dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang 4 hari 3 malam di Kem Tekali. Kebanyakan aktiviti diadakan di dalam kem. Walaupun begitu terdapat juga aktiviti-aktiviti yang diadakan di luar kawasan kem. Hari kedua (10/04/2015), para jurulatih, ketua kontijen, guru pengiring, pemandu bas, peserta program dan orang-orang lelaki yang lain bersolat Jumaat di Masjid al-Amin Kariah Sungai Tekali di Kampung Sungai Tekali. Hari ketiga (11/04/2015), Program Lawatan Kepimpinan diadakan di sekitar daerah Hulu Langat dan ia dibahagikan kepada 15 buah bas. Saya menaiki bas paling hadapan (nombor 1) mengetuai lawatan untuk bas nombor 1, 2 dan 3 ke Rumah Seri Kenangan (Rumah Penjagaan Orang-orang Tua), Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sungai Long, Cheras dari pagi hingga ke tengah hari. Forum Kepimpinan Pelajar diadakan di beberapa buah sekolah menengah di sekitar daerah Hulu Langat dan ia juga dibahagikan kepada 15 buah bas. Saya mengetuai perjalanan untuk bas nombor 1, 2, 3 dan 4 ke Sekolah Agama Menengah Hulu Langat di Batu 10, Cheras dari petang hingga ke malam.
, 12/03/2015 – Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Jalan Kampung Sungai Tekali, 43100 Hulu Langat, Selangor. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menjadi jurulatih dan fasilitator bagi Program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah (SM) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015. SM yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) seluruh negeri Selangor yang berada di bawah sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu PPD Hulu Langat, PPD Klang, PPD Petaling Utama, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat, PPD Kuala Selangor, PPD Gombak, PPD Sabak Bernam, PPD Hulu Selangor dan PPD Sepang.

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.