Rabu, 1 April 2015

Chrome OS & HP Chromebook 11

Sistem Operasi Chrome atau Chrome Operating System (OS) adalah usaha Google untuk menjadikan sistem operasi berasaskan sumber terbuka diguna secara meluas pada komputer riba. Cara Chrome OS berfungsi amat berlainan sekali dengan Windows, Mac OS (Macintosh Operating System) dan Ubuntu (salah satu Sistem Operasi Linux). Ini kerana Sistem Operasi Chrome ditumpukan sebagai OS yang membuatkan internet menjadi pusat kesemua aktiviti perkomputeran. Chrome OS melibatkan aktiviti perkomputeran awan. Kesemua aplikasi, perisan, permainan dan data-data penting bertumpu di internet. Kita akan menaip, menyunting dokumen serta gambar, menonton video, bermain permainan dan mendengar lagu di internet. Kita akan menyimpan data di internet. Data tidak disimpan dalam cakera keras di dalam komputer, sebaliknya ia dimuat naik ke internet iaitu ke akaun cakera maya seperti di Google Drive atau SkyDrive. Data itu pula kemudiannya dapat dilihat, dibuka, disunting melalui internet dari mana-mana lokasi fizikal sama ada di rumah, dalam kereta, restoran, bilik tidur dan lain-lain tempat asalkan ada internet.

Chrome OS berasal daripada enjin carian (Carian Google) terbesar di dunia internet ketika ini. Google telah berinovasi dengan mengembangkan pelayar web atau penyemak imbas yang diberi nama Google Chrome menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit. Pembangunan Chrome OS adalah berasaskan kepada pelayar web Google Chrome dan kebiasaan yang kita dengar ialah Chrome OS memiliki kepantasan dalam sistem operasinya setakat ini berbanding dengan sistem operasi yang lain ketika melayari internet.

Google telah memperkenalkan beberapa jenis Chromebook sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang dikuasai dengan Chrome OS. Antaranya ialah Hewlett-Packard (HP) Chromebook 11. Harga yang ditawarkan pada 21/03/2015 ialah cuma RM750.

HP Chromebook 11 bersaiz 11.6 inci pada skrinnya dengan resolusi 1366 x 768 piksel menggunakan teknologi IPS (In-Plane Switching), dilengkapi RAM (Random Access Memory) 2GB dan media penyimpanan 16GB serta sambungan internet yang membebaskan Chromebook daripada keterbatasan Wi-Fi. Mempunyai 100GB simpanan dalam talian (teknologi awan) dan ditenagai oleh pemproses Samsung Exynos 5250 Dual Core 1.7GHz.

Chromebook menggunakan bahasa yang kita pilih semasa mula-mula menyediakan peranti. Jika kita mahu menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, kita boleh menukarnya dalam menu ‘Tetapan’. Log masuk ke Chromebook jika belum berbuat demikian. Klik bahagian status di penjuru kanan sebelah bawah, tempat gambar akaun dipaparkan. Pilih ‘Tetapan’ dan klik ‘Paparkan Tetapan Lanjutan’ di bahagian bawah halaman. Dalam bahagian ‘Bahasa’, klik butang ‘Tetapan Bahasa dan Input’. Selepas itu, kita boleh melaraskan tetapan untuk bahasa paparan, bahasa penyemak ejaan dan bahasa halaman web. Jika bahasa yang ingin digunakan tidak ditunjukkan dalam senarai di sebelah kiri, klik butang ‘Tambah’ dan pilih bahasa yang ingin digunakan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.