Ahad, 29 Mac 2015

Konsert Kemanusiaan Untukmu Palestin

Bandar Baru Bangi, 29/03/2015 - Kira-kira jam 12:10 tengah malam, Konsert Kemanusiaan Untukmu Palestin telah pun tamat. Saya, isteri dan tiga orang anak kami meninggalkan Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Saya mula memandu Proton Exora pada jam 12:25 tengah malam meninggalkan kawasan stadium membawa isteri dan anak-anak untuk pulang ke rumah di Kajang. Kami selamat sampai ke perkarangan rumah kira-kira jam 12:45 tengah malam.

Malam semalam (Sabtu, 28 Mac 2015), kami sekeluarga telah menghadiri Konsert Kemanusiaan Untukmu Palestin di Stadium MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Konsert diadakan secara percuma di stadium ini sambil menderma untuk Palestin. Artis-artis nasyid dan ramai lagi turut hadir membuat persembahan sempena konsert kali ini. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bangi, Yang Berhormat Ustaz Hj Mohd Shafie bin Ngah juga dijemput menyampaikan ucapan di atas pentas utama. Majlis diacarakan oleh Man Raja Lawak. Mereka yang telah membuat ucapan serta persembahan pada malam semalam ialah Kumpulan Nasyid Soutul Amal, Abdul Fatah Owainat dari Palestin, Afdlin Shauki, Imam Muda Fakhrul, Kumpulan Nasyid NowSeeHeart, Yatt Hamzah, Kumpulan Nasyid UNIC, Dakmie dan Aishah. Konsert malam semalam dimulai dengan bacaan doa' dan diakhiri juga dengan bacaan doa'.

Rakan-rakan dan saudara-mara kami turut hadir ke konsert ini pada malam semalam. Cuma kami hadir lebih awal daripada mereka dan kami bergerak pulang selepas mereka meninggalkan Stadium MPKj. Ustazah Intan Herlina (rakan kepada isteri mengajar di sekolah yang sama) datang bersama suami dan dua orang anak mereka. Cikgu Zamzam (kakak kepada isteri) pula datang bersama suami dan seorang anak mereka.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.