Khamis, 26 Mac 2015

Bengkel Pelaksanaan Kursus i-THINK Bahasa Arab 2015

Shah Alam, 26/03/2015 – Saya telah menghadiri Bengkel Pelaksanaan Kursus “Innovative Thinking” (i-THINK) atau Pemikiran Inovatif untuk mata pelajaran Bahasa Arab. Bengkel kali ini telah diadakan di Bilik Imtiaz, Pusat Pengurusan Latihan, Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Kurikulum, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) untuk mengendalikan Kursus i-THINK Guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015. 

Jurulatih dan fasilitator i-THINK Bahasa Arab yang terlibat dalam bengkel hari ini ialah Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Ustazah Hasliana binti Hasan dari Sekolah Kebangsaan Antara Gapi di bawah PPD Hulu Selangor, Ustazah Nazirah binti Awang dari Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 2 di bawah PPD Petaling Utama dan Ustaz Nazri bin Samsudin dari Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 di bawah PPD Gombak. Ustaz Nazri bin Samsudin akan ditempatkan di Unit Kurikulum (Bahasa Arab), Sektor Pendidikan Islam, JPS dan beliau telah melapor diri. 

Bengkel hari ini juga melibatkan Guru-guru Pendidikan Islam yang akan melaksanakan kursus Tahsin al-Qur’an dan i-THINK untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Di dalam Bilik Imtiaz ini terdapat tiga kumpulan yang berbengkel iaitu i-THINK Guru-guru Bahasa Arab, Tahsin al-Qur’an Guru-guru Pendidikan Islam dan i-THINK Guru-guru Pendidikan Islam. 

Kami semua akan mengendali dan melaksanakan kursus berkenaan pada tahun 2015 ini di peringkat negeri Selangor. Tarikh kursus akan ditetapkan oleh pihak JPS selepas ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.