Khamis, 19 Mac 2015

Percutian ke Pantai Klebang dan Sungai Melaka 2015

Melaka, 19/03/2015 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Pantai Klebang pada jam 11:05 pagi. Saya membeli tiket di kaunter dan kami pun masuk ke Muzium Kapal Selam. RM3.00 untuk seorang dewasa dan RM1.00 untuk seorang kanak-kanak. Waktu operasinya ialah mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Di Pantai Klebang ini juga kami melihat bas-bas lama yang dijadikan hotel (Bustel). Kami makan tengah hari di Cafe' Bustel iaitu Cafe' Falisy Iman yang terletak di dalam sebuah bas.

Saya memandu Proton Exora membawa isteri dan anak-anak ke muara Sungai Melaka pula. Tiket untuk menaiki "Melaka River Cruise" ialah RM15.00 untuk seorang dewasa dan RM5.00 untuk seorang kanak-kanak. Jam 1:45 petang, kami mula menaiki sebuah bot yang boleh memuatkan 40 orang penumpang. Kami menjelajah dan belayar serta meronda-ronda Sungai Melaka sekitar 40 minit lamanya.

Turun dari bot, kami membeli sedikit makanan, minuman dan mendapatkan semula kenderaan di tempat meletak kenderaan berhampiran Sungai Melaka. Saya kembali memandu kenderaan dan kami singgah solat Zohor di sebuah masjid di tepi jalan besar iaitu Masjid as-Salimin, Kilometer 8, Kampung Kandang, 75460 Melaka.

Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Jasin. Jarak perjalanan dari muara Sungai Melaka ke bandar Jasin ialah sejauh 30 kilometer sahaja. Rumah emak mentua saya hanya terletak beberapa kilometer dari bandar ini. Kami berada di rumahnya kira-kira 4 hari 3 malam termasuk malam ini dan esok kami akan bertolak pulang ke Kajang, Selangor. Cuti sekolah (Cuti Pertengahan Penggal 1) kali ini cuma tinggal beberapa hari lagi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.