Khamis, 12 Mac 2015

Program Nadwah Kepemimpinan Islam SM Peringkat Selangor 2015

Hulu Langat, 12/03/2015 – Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Jalan Kampung Sungai Tekali, 43100 Hulu Langat, Selangor. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menjadi jurulatih dan fasilitator bagi Program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah (SM) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015.

SM yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) seluruh negeri Selangor yang berada di bawah sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu PPD Hulu Langat, PPD Klang, PPD Petaling Utama, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat, PPD Kuala Selangor, PPD Gombak, PPD Sabak Bernam, PPD Hulu Selangor dan PPD Sepang.

Program dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 10, 11 dan 12 Mac di kem ini. Saya dan rakan-rakan jurulatih/ fasilitator berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk mengendalikan program yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4. Jumlah mereka ialah seramai 225 orang peserta iaitu 60 orang daripada SMKA, 88 orang daripada SABK dan 77 orang daripada SMK. Kami ditempatkan di asrama dan saya berada di Dormitori 3 asrama lelaki.

Majlis perasmian penutupan pada tengah hari tadi telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Kamariah binti Isa, Timbalan Pengarah (Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Saya memandu kereta petang ini meninggalkan Pusat Kokurikulum Negeri Selangor di Hulu Langat dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah ialah kira-kira 27 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Jalan Kampung Sungai Tekali, Jalan Sungai Tekali, Jalan Hulu Langat dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.