Sabtu, 7 Mac 2015

Cerita Sakit Mata 1 hingga 7 Mac 2015

Kajang, 07/03/2015 – Saya masih berehat di rumah ketika ini kerana menyambung cuti disebabkan sakit mata. Sekolah tempat saya mengajar akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) Kali Ke-12 pada pagi hari ini. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana cuti sakit mata lagi. Kejadian berlaku sepanjang minggu ini bermula Ahad, 1 Mac 2015 hingga Sabtu, 7 Mac 2015. Ahad (cuti), Isnin (sekolah), Selasa (cuti), Rabu (cuti), Khamis (sekolah), Jumaat (cuti) dan Sabtu (cuti).

Pada hari Ahad, 1 Mac 2015 saya telah mula berasa sakit mata di sebelah kiri ketika makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran. Mata merah, berair dan bertahi.

Isnin, 2 Mac 2015 saya masih hadir ke sekolah mengajar murid-murid seperti biasa kerana memikirkan mereka mahu menghadapi ujian bulan Mac pada minggu depan. Kertas soalan ujian saya telah sediakan untuk disemak dan disahkan sahaja. Apabila mata saya rasa sakitnya bertambah serius, saya pun memakai cermin mata hitam semasa di sekolah. Waktu petang, saya pergi ke Klinik Kita di No 2, Jalan Impian Perdana 1, Saujana Impian, Kajang. Doktor membuat pemeriksaan kesihatan. Saya mengeluarkan bayaran sebanyak RM51.00 untuk ubat-ubat sakit mata dan Surat Akuan Sakit atau Medical Certificate (MC) yang diberi. Saya tidak dapat bertugas dan mengajar di sekolah esok serta lusa.

Selasa, 3 Mac 2015 dan Rabu, 4 Mac 2015 saya banyak menghabiskan masa di rumah sambil membuat kerja-kerja sekolah, kerja-kerja rumah serta lain-lain lagi.

Khamis, 5 Mac 2015 saya kembali bertugas dan mengajar murid-murid di sekolah. Saya memakai cermin mata hitam lagi ketika di sekolah kerana masih sakit mata. Petang hingga ke malam (sebelum waktu Maghrib) saya berada di Klinik Rohayati (Pusat Rawatan Islam Taman Mesra), Lot 11577, Taman Mesra, Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Doktor membuat pemeriksaan kesihatan. Saya menyediakan bayaran sebanyak RM57.00 untuk ubat-ubat sakit mata dan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan. Saya tidak dapat mengajar dan bertugas di sekolah esok serta lusa.

Jumaat, 6 Mac 2015 dan Sabtu, 7 Mac 2015 saya kembali berada di rumah. Rasa bimbang jika sakit mata di sebelah kiri boleh berjangkit ke mata di sebelah kanan. Saya sempat berehat dan membuat kerja-kerja lain juga. Solat Jumaat di Surau al-Ehsan, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dengan anak kedua saya. Hari ini (Sabtu), sekolah tempat isteri saya mengajar pun akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG tetapi dia hendak pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi kerana sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (Master) Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi. Kelas separuh masa pada waktu pagi. Saya dan tiga orang anak kami akan berada di rumah ketika isteri saya pergi ke UKM nanti.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.