Ahad, 1 Mac 2015

Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Bangi

Bandar Baru Bangi, 01/03/2015 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli cawangan Bangi. Kami sampai ke restoran kira-kira jam 1:20 petang. Mee (mi) tarik dibuat dengan tangan oleh tukang masak yang mahir dan ia merupakan sebuah restoran makanan Cina Muslim.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan pelbagai jenis Mi Tarik iaitu "Sliced Soup with Beef" (RM9.80), "Fried Lamen with Beef" (RM8.80) & "Wet Mee with Braised Chicken" (RM9.80). Minuman sejuk ialah Milo Dinosaur (RM3.50), Sirap Bandung (RM2.50), Sirap Longan (RM3.50) dan minuman panas ialah "China Ba' Bao Tea" (RM4.50).

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
No 3A-47-01, Common Area,
Bangi Sentral Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Kami berada di meja nombor 15. Surau ada disediakan di restoran ini dan kami solat Zohor secara bergilir-gilir.

Saya memandu Proton Exora membawa isteri serta anak-anak beredar meninggalkan Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Bandar Baru Bangi dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah kami ialah sejauh 15 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan melalui Persiaran Kemajuan, Persiaran Jaya, Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.