Rabu, 25 Februari 2015

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru TMK 2015

Kajang, 25/02/2015 – Saya telah sampai ke Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan (SKLA) beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi tadi. Selepas membuat pendaftaran peserta di dewan sekolah, saya dan guru-guru yang hadir diminta pergi ke kantin sekolah terlebih dahulu untuk minum pagi. Kami masuk kembali ke dewan dan meneruskan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru Panitia Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 4 dan 5 Negeri Selangor Siri 1/2015.

Bengkel dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat diadakan pada 25 dan 26 Februari di SKLA. Bengkel ini juga diadakah di daerah-daerah lain oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing di negeri Selangor. Hari ini ialah bengkel TMK Tahun 4 dan esok ialah bengkel TMK Tahun 5. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 2 hari untuk menghadiri bengkel yang melibatkan guru-guru mata pelajaran TMK. Peserta-peserta bengkel yang terlibat di SKLA terdiri daripada guru-guru dari seluruh Hulu Langat. 

Program pagi hingga waktu makan tengah hari dan solat Zohor pada hari ini ialah pendaftaran peserta, sesi penerangan yang berkaitan dengan Perkongsian Pintar dan Pentaksiran serta Pelaporan TMK sahaja. Sesi yang seterusnya akan disambung pada petang ini berkaitan dengan Frog VLE (Virtual Learning Environment) dan yang berikutnya pada hari esok. Selamat berbengkel kepada semua yang terlibat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.