Ahad, 22 Februari 2015

Percutian ke Janda Baik 2015

Janda Baik, 22/02/2015 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Sungai Benus, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang tengah hari tadi ketika matahari berada tegak di atas kepala. Saya dan anak-anak turun mandi di sungai tersebut.

Pagi tadi, saya memandu Proton Exora dari rumah emak saya di RTP Sungai Ular melalui Felda Sungai Koyan, bandar Raub, bandar Bentong dan Jalan Kuala Lumpur menuju ke Kampung Janda Baik. Jarak perjalanan dari rumah emak saya yang terletak di daerah Lipis ke sini ialah kira-kira 134 kilometer.

Selepas mandi, kami menyalin semula pakaian dan pergi ke Masjid Sultan Abu Bakar, Kampung Janda Baik. Kami menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak qasar. Kemudian, singgah makan dan minum di sebuah restoran. Sungai, masjid dan restoran berkenaan terletak berdekatan sahaja antara satu sama lain. Jam 3:20 petang, kami pun beredar meninggalkan Kampung Janda Baik. Saya memandu kenderaan dan kembali ke Jalan Kuala Lumpur sebelum masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) melalui Genting Sempah. Saya terus memandu di E8, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2), Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) dan berhenti sekejap mengisi petrol. Perjalanan diteruskan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah. Jarak perjalanan dari Kampung Janda Baik ke rumah kami di Kajang ialah sejauh 67 kilometer sahaja.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2)

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2)

Copy and WIN : http://bit.ly/copynw

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.