Jumaat, 20 Februari 2015

Hikmah Sedekah dan Wakaf

Kuala Lipis, 20/02/2015 – Saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Hikmah Sedekah dan Waqaf selepas solat Maghrib di Masjid Berchang. Di dalam al-Qur’an, Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu  menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali Imran: Ayat 92).

Hikmah bersedekah, antaranya ialah seperti berikut. 1-Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya. 2-Umat Islam digalakkan bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan di dalam Islam. 3-Islam telah mendahului segala pertubuhan atau individu menggalakkan pengikutnya membantu orang lain dan memberikan lebihan keperluannya kepada yang memerlukan. 4-Di dalam Hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia itu, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoa’kannya. (Riwayat Muslim). 

Hikmah mewakafkan harta, antaranya ialah seperti berikut. 1-Umat Islam dapat berbuat baik kepada orang-orang yang dikasihi di dunia dan mencapai pahala di akhirat dengan niat daripada ahlinya. 2-Membuka pintu mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengalirkan harta di jalan Allah. Sebagai balasan, pewakaf mendapat ganjaran dan pahala. Tiada amalan yang paling disukai oleh seorang Mukmin selain amalan yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah dan menjadikan dirinya semakin dikasihi oleh Allah. 3-Amalan ini menjadikan impian seseorang Mukmin tercapai. Ini kerana dengan amalan wakaf, seseorang berpeluang menzahirkan pengabdiannya serta cintanya kepada Allah. Sesungguhnya perasaan cintakan Allah hanya dapat dizahirkan melalui amalan dan pelaksanaan. 4-Wakaf juga dapat menunaikan impiannya untuk melihat kebajikan dan pahalanya sentiasa berterusan, sekalipun selepas kematiannya dan ganjaran pahala sentiasa diperolehinya ketika di dalam kubur, sekalipun telah terputus amalannya di dunia. Tiada yang tinggal melainkan apa yang telah diperuntukkan dan diwakafkannya pada jalan Allah semasa hidupnya, anak yang soleh yang mendoa’kannya atau ilmu yang boleh dimanfaatkan. 5-Akan tercapainya banyak kebajikan agama. Sekiranya harta-harta wakaf ini diuruskan dengan baik, ia boleh memberi kesan yang besar dan faedah yang banyak untuk mencapai kepentingan masyarakat Islam seperti membina masjid, sekolah, menghidupkan ilmu dan syiar-syiar Islam seperti azan, kepimpinan Islam dan sebagainya. 6-Wakaf dapat memenuhi keperluan fakir miskin, anak-anak yatim dan Ibnu Sabil yang tidak dapat mencari rezeki kerana keadaan tertentu. Harta-harta wakaf ini boleh memenuhi keperluan dan menenangkan perasaan mereka.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.