Rabu, 18 Februari 2015

Percutian ke Bukit Fraser 2015

Bukit Fraser, 18/02/2015 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke kawasan tanah tinggi ini kira-kira jam 11:30 pagi tadi. Di sinilah terletak bandarnya dengan mercu tanda Menara Jam Bukit Fraser. Saya memandu Proton Exora meninggalkan rumah kami di Kajang merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan masuk ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian kami melalui Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7 melalui Kuala Lumpur, Selayang, Rawang, Serendah, Batang Kali, masuk ke Jalan Ampang Pechah dan memandu di Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser di negeri Pahang. Jarak perjalanan dari rumah kami ke Menara Jam Bukit Fraser ialah sejauh 123.5 kilometer sahaja. 

Kami singgah makan tengah hari di Restoran Mimi Strawberi. Perjalanan diteruskan kira-kira 2 kilometer lagi dan akhirnya kami sampai ke homestay (inapan keluarga) kira-kira jam 1:00 petang. Ia sebuah pangsapuri (Perumahan Kos Rendah) yang terletak di Taman Setia mempunyai dua buah bilik tidur, sebuah ruang tamu, sebuah ruang dapur, sebuah tandas (bilik air) dan sebuah stor. Kadar sewa untuk 1 malam ialah RM200.00 dan kami berada di Bukit Fraser ini selama 2 hari 1 malam.

Pada waktu petang, kami bersiar-siar di sekitar Bukit Fraser yang dikenali sebagai “Little England”. Kami membuat tinjauan aktiviti di “Paddock” seperti menunggang kuda dan memanah. Kemudian kami berada di Taman Awam, Jalan Pokok Pine menemani anak-anak di taman permainan. Saya sempat singgah ke Restoran Arzed di “Food Garden” membeli makanan untuk dibawa pulang ke homestay. Selepas itu, kami membuat tinjauan ke “Allan’s Water” untuk aktiviti “2 Seater Paddle Boat”. Kami membuat tinjuan ke beberapa buah tempat untuk menyambung percutian pada hari esok di Bukit Fraser sebelum ke destinasi seterusnya sempena Cuti Tahun Baharu Cina kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.