Sabtu, 7 Februari 2015

Malam Untukmu Syria

Gombak, 07/02/2015 - Ini merupakan kali kedua saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood. Kami sekeluarga makan malam di sini sempena ‘Malam Untukmu Syria’. Masuk percuma tetapi makan dan minum bayar sendiri.

Program pada malam ini dianjurkan oleh Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society). Jam 8:40 malam, azan Isyak berkumandang. Kami telah sampai ke restoran ini beberapa minit sahaja sebelum azan dilaungkan.

Diskusi/ persembahan pada malam ini disajikan oleh Kumpulan Nasyid UNIC, Munif Hijjaz (Pemilik Restoran/ Anggota Kumpulan Nasyid Hijjaz), Ustaz Syed Abdul Kader al-Joofre (Pendakwah Bebas), Aziz M Osman (Pelakon/ Pengarah Filem) dan Heliza Helmi (Penasyid/ Pelakon).

Tabung-tabung derma diedarkan kepada para pengunjung yang datang pada malam ini. Kami sempat solat Isyak di surau yang terletak di dalam kawasan restoran. Kira-kira jam 11:10 malam, kami sekeluarga meninggalkan perkarangan restoran dan bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.