Ahad, 1 Februari 2015

Mi Goreng

Bahan-bahan untuk membuat Mi Goreng:
½ kilogram mi kuning.
Sedikit minyak (untuk menumis).
2 biji bawang besar (dimayang).
3 ulas bawang putih (dihiris).
2 sudu besar pes cili kering.
5 biji bebola ikan.
2 ekor sotong.
10 ekor udang.
Beberapa potong isi ayam (jika perlu).
Beberapa potong daging yang yang telah direbus (jika perlu).
1 biji telur.
4 sudu besar kicap manis.
2 sudu besar sos tiram.
Air secukupnya.
2 biji cili merah.
Sedikit sawi atau taugeh.
Garam secukup rasa.
1 biji limau nipis.
Sedikit daun bawang.
Sedikit daun sup.
Bawang goreng secukupnya.

Cara-cara membuatnya:
1-Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2-Tambahkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.

3-Masukkan bebola ikan, sotong, udang, ayam, daging dan biarkan beberapa minit.
4-Pecahkan telur dan kacau seketika.
5-Apabila telur kelihatan separuh masak, masukkan kicap manis dan sos tiram. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air dan kacau.
6-Masukkan mi kuning yang telah dibasuh, letakkan cili merah, sawi atau taugeh dan kacau rata. Jika perlu boleh tambahkan kicap lagi dan masukkan garam secukup rasa.
7-Tutup api dan sedia untuk dihidang.
8-Hiaskan dengan hirisan limau nipis, daun bawang, daun sup dan taburkan bawang goreng.

Cadangan hidangan untuk lima orang makan.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam