Jumaat, 18 September 2015

Khutbah Jumaat Ke-5 Saya di SRF

Kajang, 18/09/2015 - Giliran saya menyampaikan khutbah Jumaat yang bertajuk "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" di Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian. Ini merupakan penyampaian khutbah Jumaat kali ke-5 saya di SRF. Hari ini merupakan solat Jumaat kali ke-25 di SRF sejak solat Jumaat kali pertama diadakan di surau ini pada 3 April 2015. SRF mula dibina sekitar Julai 2013 dan mula digunakan sekitar Jun 2014.

Jumaat hari ini ialah 18 September 2015 bersamaan dengan 4 Zulhijjah 1436. Saya telah menyampaikan khutbah Jumaat tadi berpandukan teks yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Azan Zohor hari ini ialah pada jam 1:10 petang.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: [Asabiyah ialah] bahawa kamu membantu dan bekerjasama dengan kaummu dalam melakukan kezaliman. (Riwayat Abu Daud). Persaudaraan yang dianjurkan oleh al-Qur'an ialah perpaduan yang berasaskan rasa persaudaraan yang tumbuh daripada ketakwaan kita kepada Allah.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan serta Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak supaya kamu saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu [bukan kerana keturunan atau bangsanya]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat: Ayat 13).

Perpaduan ummah tidak akan dapat dilakukan hanya dengan perkiraan untung rugi politik semata-mata. Ia harus tumbuh daripada hati yang telah ditumbuhi ketakwaan dan kepatuhan kepada Allah. Kejayaan usaha perpaduan ummah sangat tergantung kepada faktor hati yang bersih dan sentiasa mengharapkan redha Allah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.