Khamis, 1 Oktober 2015

Kebitaraan Pingpong Sekolah Kluster Kecemerlangan

Cheras, 01/10/2015 - Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan Bengkel Pengenalan Sukan Pingpong kepada guru-gurunya selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran jam 1:00 petang. Azan Zohor pada hari ini ialah pada jam 1:06 petang. Selepas solat Zohor, saya menyertai bengkel ini. Guru-guru di sekolah ini ada yang pernah bermain pingpong dan ada yang belum pernah.

SKTP baru saja dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2015 ini. Dalam bidang kokurikulum, sukan pingpong menjadi pilihan. Semua murid di sekolah ini juga didedahkan dengan sukan pingpong. SKK ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan SKK bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.

Bitara bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bengkel Pengenalan Sukan Pingpong tadi merupakan salah satu Program Kluster Sekolah Kebitaraan Pingpong di SKTP.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.