Khamis, 8 Oktober 2015

Data Frog VLE 1BestariNet SKTP Minggu Ke-41 (2015)

Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mencapai KPI (Key Perfomance Indicators) atau Penunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada minggu ke-41 (Khamis, 1 Oktober 2015 hingga Rabu, 7 Oktober 2015).

Sasaran KPI pada bulan Oktober 2015 ialah 18.7% dan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah mencapai 49.4% penggunaan Frog VLE (Virtual Learning Environment) atau Persekitaran Pembelajaran Maya pada minggu ke-41. Keputusannya dapat diketahui pada hari ini (Khamis, 8 Oktober 2015).

Penggunaan minimum selama 5 minit bagi seorang murid dan jika sebanyak 20% daripada jumlah murid berbuat demikian, ia sudah cukup untuk sekolah mencapai KPI pada minggu berkenaan. Contohnya ialah 20 / 100 x 334 orang murid = 66.8 orang murid. Dalam masa yang sama, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya kepada murid-murid. Mereka boleh menghantar kerja rumah yang diberi dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE 1BestariNet. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah melalui program ini.

Persekitaran Pembelajaran Maya boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan internet. Setiap sekolah mempunyai URL (Uniform Resource Locator) atau Pelokasi Sumber Seragam yang tersendiri untuk tujuan log masuk menggunakan Yes ID dan Password yang dibekalkan oleh pihak 1BestariNet.

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.