Rabu, 14 Oktober 2015

Hijrah dari Kuala Lipis ke Kajang

Hari ini, 1 Muharram 1437 Hijrah (14 Oktober 2015 Masihi) ialah pada hari Rabu dan merupakan hari cuti umum di Malaysia. Saya, isteri dan tiga orang anak kami sedang berada di rumah sendiri di Kajang, Selangor. Ketiga-tiga orang anak kami dilahirkan di Hospital Kajang. Saya dilahirkan di sebuah kampung di Kuala Lipis, Pahang dan isteri saya pula dilahirkan di sebuah kampung di Jasin, Melaka.

Pada tahun 2006, rumah teres dua tingkat dengan keluasan 18 kaki x 55 kaki telah dibuka untuk jualan dengan harga RM144,150 (Pegangan Bebas). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 1155 kaki persegi. Kami membelinya dan mula berpindah ke rumah sendiri pada tahun 2008 serta tinggal di sini hingga ke hari ini. Rumah ini mempunyai 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air, bilik serbaguna, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Kami telah membuat beberapa pengubahsuaian untuk rumah ini sejak tinggal di sini.

Pada tahun 2015, saya berminat dengan pelaburan hartanah kerana harga rumah bertanah biasanya nilai pasaran akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah pangsa. Hari ini, saya mula membayar RM1,000.00 deposit untuk tempahan membeli sebuah rumah teres setingkat dengan keluasan 20 kaki x 65 kaki. Ia telah dibuka untuk jualan dengan harga RM200,000 (Rizab Melayu dan Hak Milik Kekal). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 900 kaki persegi. Rumah ini mempunyai 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Projek perumahan ini dijangka akan siap pada bulan Ogos 2017.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.