Isnin, 1 Februari 2016

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2016

Kajang, 01/02/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami masih berada di rumah pagi ini sebelum pergi ke tempat kerja dan tempat belajar. Selangor tidak bercuti hari ini tetapi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bercuti umum kerana hari ini merupakan Hari Wilayah Persekutuan.

Tarikh 1 Februari telah dipilih sempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada tahun 1974. Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Labuan menjadi Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan terletak sekitar 10 kilometer dari pantai negeri Sabah, 2 jam 30 minit penerbangan dari Kuala Lumpur dan sekitar 30 kilometer dari pantai negara Brunei.

Putrajaya diisytiharlan sebagai Wilayah Persekutuan dan pusat kerajaan persekutuan Malaysia pada 1 Februari 2001. Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Ia merupakan Wilayah Persekutuan ketiga Malaysia. Putrajaya pada asalnya bernama Prang Besar terletak di negeri Selangor.

Rumah kami di Kajang terletak berhampiran dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kini, negeri Selangor sepenuhnya mengelilingi dua Wilayah Persekutuan dalam sempadan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam