Selasa, 9 Februari 2016

Percutian ke Johor Bahru 2016

Johor Bahru, 09/02/2016 - Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya telah sampai ke Taman Kota Masai pagi tadi setelah menempuh perjalanan melebihi 300 kilometer dari Kajang. Saya memandu Proton Exora dari negeri Selangor ke negeri Johor.

Masai merupakan sebuah bandar yang terletak di timur daerah Johor Bahru dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru.

Adik perempuan saya yang nombor tiga telah selamat melahirkan anak keduanya kira-kira seminggu lalu. Sempena Cuti Tahun Baharu Cina kali ini, saya dan keluarga sempat datang lagi ke sini. Emak saya turut berpeluang datang bercuti ke Johor Bahru. Adik perempuan saya yang nombor empat dan keluarganya juga datang ke sini tengah hari tadi diikuti oleh adik perempuan saya yang nombor dua serta keluarganya. Kampung suami mereka terletak di negeri Johor dan mereka tidak bermalam di Masai. Dua orang adik lelaki saya ketika ini berada dan bercuti di negeri Pahang. Adik lelaki saya yang nombor lima sudah berkahwin tetapi adik lelaki saya yang nombor enam setakat ini belum berkahwin.

Selepas Asar tadi, saya, isteri, tiga orang anak kami, emak saya dan seorang anak saudara saya pergi bersiar-siar ke Johor Bahru. Saya memandu kenderaan membawa mereka ke Teluk Danga dan kembali ke Stualang Laut. Turun dari kenderaan dan berada di tepi pantai Stualang Laut. Makan malam di Restoran Talam (Mi Rebus Stualang Laut). Kemudian pergi menunaikan solat di Surau an-Nur, Taman Stualang Laut. Selepas itu, kami bergerak untuk pulang ke Taman Kota Masai.

Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya bermalam di rumah adik perempuan saya yang nombor tiga pada malam ini. Rumahnya terletak di Taman Kota Masai berhampiran dengan Pasir Gudang dalam daerah Johor Bahru. Dia tinggal bersama suami dan dua orang anak mereka.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.