Ahad, 21 Februari 2016

Mara Digital, Busana @ Menara Mara

Kuala Lumpur, 21/02/2016 - Kira-kira jam 2:00 petang, saya telah sampai ke Busana @ Menara Mara (Majlis Amanah Rakyat). Kali pertama saya sampai ke sini.

Sebelum itu, saya memandu kereta dari rumah di Kajang dan meletakkan kenderaan di sebuah stesen LRT (Light Rapid Transit). Saya menaiki LRT atau Transit Aliran Ringan di Stesen Pandan Jaya dan turun di Stesen Bandaraya.

Saya berjalan kaki menuju ke Menara Mara yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Saya sampai ke sini dan masuk ke Busana @ Menara Mara. Saya pergi ke tandas dan singgah solat di surau yang terletak di Aras 2. Kemudian turun semula ke Aras 1 dan berada pula di Kafe BB Bistro.

Saya naik tangga bergerak dari Aras 1 melalui Aras 2 dan terus ke Aras 3 yang terletaknya Mara Digital. Mula-mula saya masuk ke kedai "Ustaz" yang menjual pelbagai aksesori telefon pintar, komputer dan lain-lain. Pelanggan boleh mencuba aksesori yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Kemudian, saya pergi pula meninjau kedai-kedai komputer lain yang terdapat di sini dan mendapat layanan mesra daripada pemilik-pemiliknya.

Mara Digital merupakan tapak bisnes gajet bumiputera dan pusat barangan ICT (Information and Communications Technology) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ia telah dibuka sejak hari Selasa, 8 Disember 2015.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.